Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kemunculan BTS Tarik 50,000 Peminat Di Mexico, Buat Ramai Tak 'Keruan'

Athirah
BTS
Kredit: AFP

Kemunculan BTS Tarik 50,000 Peminat Di Mexico, Buat Ramai Tak 'Keruan'

Kira-kira 50,000 peminat kumpulan K-pop terkenal BTS berhimpun di luar Istana Negara Mexico kelmarin bagi melihat kehadiran kumpulan itu selepas pertemuan mereka dengan Presiden Claudia Sheinbaum, lapor AFP.

BTS dijadualkan mengadakan persembahan di Bandar Raya Mexico pada 7, 9 dan 10 Mei, dengan lebih 135,000 tiket untuk konsert di stadium dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Kumpulan itu kembali mencuri perhatian dunia pada bulan Mac selepas hampir empat tahun berehat sementara bagi menjalani khidmat ketenteraan wajib.

Salah seorang ahli, Kim Nam-joon, turut menyapa peminat dalam bahasa Sepanyol dengan berkata: “Saya sayang kamu (semua). Terima kasih banyak-banyak!”

“Saya sudah memberitahu mereka bahawa mereka perlu kembali tahun depan,” kata Sheinbaum, yang turut bergambar bersama kumpulan itu sambil memegang album terbaru mereka, ARIRANG.

“Mereka adalah ‘dunia’ saya,” kata Estefany Victoriano, seorang setiausaha berusia 25 tahun kepada AFP mengenai BTS.

Manakala seorang lagi peminat, Zoe Perez, 18, turut kelihatan hampir sebak.

"Saya tidak dapat berkata-kata, ia satu perasaan yang sangat indah dapat melihat mereka secara langsung. Memandangkan saya tidak dapat mendapatkan tiket, ia benar-benar mengharukan saya," katanya.

Sumber:AFP