Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kempen Literasi Digital MCMC Tampil Mesej Keselamatan Internet Kreatif

Syamimi
MCMC

Kempen Literasi Digital MCMC Tampil Mesej Keselamatan Internet Kreatif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil dengan pendekatan kreatif menerusi Kempen Literasi Digital ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ yang mengetengahkan figura legenda muzik tanah air, Datuk Jamal Abdillah dalam suasana dunia digital moden. 

Kempen itu membawa mesej bahawa walaupun dunia maya kelihatan menyeronokkan dan penuh peluang, pengguna internet tetap berdepan pelbagai risiko yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan diri.

Menerusi konsep yang dekat dengan masyarakat, kempen itu menggambarkan situasi "Datuk Jamal Abdillah ketika zaman muda masuk dunia digital” sebagai simbolik kepada generasi pengguna internet masa kini yang semakin aktif menggunakan media sosial dan platform digital. 

Namun di sebalik keterujaan itu, pengguna diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap ancaman seperti buli siber, penipuan dalam talian dan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.

Kempen berkenaan turut menekankan bahawa teknologi bukanlah faktor utama yang menentukan keselamatan pengguna di alam maya, sebaliknya pilihan dan tindakan individu itu sendiri. 

Pengguna internet disaran lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat, menjaga etika komunikasi digital serta meningkatkan kesedaran terhadap ancaman siber yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Dalam masa sama, Kempen Literasi Digital MCMC itu juga bertujuan mendidik masyarakat agar menjadi pengguna internet yang lebih bijak, berhemah dan celik digital. Pendekatan santai tetapi penuh mesej yang digunakan dilihat mampu menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda untuk memahami kepentingan keselamatan internet dalam kehidupan seharian.

Kempen ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ adalah sebahagian daripada usaha berterusan MCMC menerusi inisiatif #KempenInternetSelamat dalam memperkukuhkan kesedaran literasi digital rakyat Malaysia. Kempen tersebut diharap dapat membentuk komuniti digital yang lebih selamat, positif dan bertanggungjawab selari dengan perkembangan teknologi serta cabaran dunia siber masa kini.