Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Skechers terus memperkukuhkan pengaruhnya dalam arena pickleball apabila Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers Malaysia Edition 2026 berjaya menarik sebanyak 1,282 penyertaan merentasi 29 kategori, sekali gus menjadikannya edisi terbesar sejak diperkenalkan empat tahun lalu.
Kejohanan yang berlangsung di Tomaz Pickleball Club dari 8 hingga 10 Mei itu menyaksikan peningkatan penyertaan sebanyak 38 peratus berbanding tahun lalu, melibatkan pemain dari 14 negara termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Macau, Filipina, Singapura, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Selain menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000, kejohanan ini turut menghimpunkan pemain pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran menerusi pertandingan bertaraf Dynamic Universal Pickleball Rating (DUPR).
Antara tarikan utama tahun ini ialah pengenalan semula kategori Junior Bawah 18 Tahun (U18), yang membuka peluang kepada generasi muda Malaysia untuk merasai pengalaman bertanding dalam kejohanan kompetitif rasmi.
Kategori tersebut menerima 34 penyertaan pemain muda, termasuk peserta termuda berusia hanya 11 tahun, sekali gus mencerminkan perkembangan pesat sukan pickleball dalam kalangan generasi baharu.
Menurut Pengurus Besar Kanan Skechers Malaysia, Stephanie Chang, pengenalan semula kategori junior merupakan antara perkara yang paling dinantikan pihak penganjur.
“Pickleball di Malaysia kini bukan lagi sekadar sukan untuk satu generasi sahaja. Kami melihat semakin ramai pemain daripada pelbagai peringkat umur mula aktif di gelanggang dan kami mahu kejohanan ini mencerminkan perkembangan tersebut,” katanya.
Kejohanan kali ini turut disertai atlet pickleball rasmi Skechers iaitu Colin Wong, Delia Arnold dan Toi Sieu Ee.
Colin Wong yang kini bersaing di pentas antarabangsa menerusi UPA Asia Trailblazers Class of 2026 beraksi dalam kategori Men’s Doubles 19+ Open, manakala Delia Arnold dan Toi Sieu Ee bertanding dalam kategori Women’s Doubles 35+ Open.

Dalam masa sama, kejohanan ini turut menjadi platform untuk mengetengahkan perkembangan atlet pickleball tempatan ke tahap lebih tinggi.
Menurut Delia Arnold, antara perkara menarik mengenai kejohanan ini adalah peluang untuk pemain daripada pelbagai latar belakang dan negara bertanding bersama dalam satu platform.
“Anda boleh melihat pelbagai gaya permainan berbeza dan belajar banyak perkara daripada pemain lain. Tambahan pula, setiap perlawanan menyumbang kepada skor DUPR, jadi pemain boleh melihat sendiri tahap kemampuan mereka,” katanya.
Sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung, lebih 1,600 perlawanan dipertandingkan merentasi pelbagai kategori termasuk perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.
Bagi kategori Open 19+ Men’s Singles, Phoenix He muncul juara selepas menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan.
Sementara itu, kategori Open 19+ Women’s Singles dimenangi Jas Almaguer selepas aksi kompetitif yang sengit.
Dalam kategori junior pula, Dzarif Dzakwan B Azizul Azhar mencuri perhatian apabila berjaya merangkul dua gelaran iaitu Boys’ Singles dan Doubles U18 bersama adiknya, Dzikri Dzakwan B Azizul Azhar.


Selain pertandingan, Skechers turut memperkenalkan koleksi kasut pickleball Viper Court yang direka khas untuk memenuhi keperluan pemain kompetitif dan rekreasi.
Antara model yang dipamerkan termasuk:
Viper Court Pro 2.0
Hands Free Slip-ins Viper Court Elite 2.0
Viper Court Rally
Viper Court Reload
Koleksi tersebut direka untuk memberikan sokongan kepada pergerakan pantas, kestabilan dan keselesaan sepanjang permainan.

Kejohanan ini dianjurkan oleh The Ultimate Pickleballers dengan sokongan beberapa penaja termasuk AirFly, TUFF, LAC, Engage, Nespresso, Pocari Sweat, Joola dan Franklin.