Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kaum India Digalakkan Mohon Ke IPG

Gambar: Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 daripada kalangan kaum India digalakkan untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi keperluan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Saya harap tahun ini kita dapat permohonan lebih banyak kerana untuk tahun 2019, kita tidak terima permohonan yang mencukupi,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berharap penyertaan lebih ramai kaum India di IPG akan memastikan SJKT mempunyai jumlah guru mencukupi pada masa akan datang

Teo berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah Guru-guru SJKT Daerah Hulu Selangor dan Gombak di SJKT Kuala Kubu Bharu di Kuala Kubu Bharu, kira-kira 60km, dari sini, hari ini.

Sumber: Bernama