Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Kata-Kata Terakhir Abang Buat Saya," Isteri Kongsi Mesej Terakhir Allahyarham Akhmal Asyraf

Allahyarham Akhmal Asyraf
Kredit: Threads Akhmal Asyraf

“Kata-Kata Terakhir Abang Buat Saya,” Isteri Kongsi Mesej Terakhir Allahyarham Akhmal Asyraf

Kematian itu pasti dan setiap daripada kita akan merasai detik itu apabila tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Namun, sebagai manusia, kita juga tidak boleh lari dari perasaan sedih apabila insan tersayang 'pergi' buat selama-lamanya. Ia merupakan ujian yang perlu kita hadapi dengan tabah, walaupun proses untuk berdamai dengan takdir itu kadang kala mengambil masa yang lama.

Semalam, ramai yang berduka apabila menerima khabar mengenai pengacara RARETV, Akhmal Asyraf yang disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Oman akibat jangkitan paru-paru.

Mesej terakhir Allahyarham Akhmal Asyraf

Dalam pada itu, perkongsian isteri Allahyarham mengenai mesej terakhir yang diterima daripada suaminya turut meruntun hati.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Najihah Amirudin menunjukkan tangkap layar perbualan dengan Allahyarham menerusi aplikasi permesejan.

“Kata-kata terakhir abang buat saya. Saya sayangkan awak sangat-sangat,” tulis Najijah.

Dalam tangkap layar tersebut, Allahyarham dilihat sempat menitipkan ungkapan kasih sayang kepada isterinya dengan menulis “I love you”.

Ungkapan ringkas itu kini menjadi antara kenangan terakhir yang ditinggalkan Allahyarham buat isteri tercinta.

Kredit: Instagram Kak_jiha

Sementara itu, pengasas RARETV, Saiful Nang, memaklumkan bahawa Allahyarham akan disemadikan di Muscat, Oman.

Menurutnya, tarikh dan waktu pengebumian bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.

“Perkembangan terkini, jenazah Allayarham Akhmal Asyraf akan disemadikan di Muscat, Oman.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Akhmal Asyraf disahkan meninggal dunia di hospital Oman akibat jangkitan paru-paru semalam.
  • Najihah Amirudin berkongsi tangkap layar mesej terakhir Allahyarham menerusi Instagram Story miliknya.
  • Saiful Nang memaklumkan jenazah Allahyarham akan disemadikan di Muscat, tertakluk dokumentasi kerajaan Oman.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan