Jenazah pengacara RARETV, Allahyarham Akhmal Asyraf akan disemadikan di Muscat, Oman.
Perkara itu disahkan oleh pengasas RARETV, Saiful Nang di dalam satu hantaran di Threads pada Jumaat.
Menurutnya, tarikh dan waktu pengebumian bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman.
“Perkembangan terkini, jenazah Allayarham Akhmal Asyraf akan disemadikan di Muscat, Oman.
“Tarikh dan waktu bergantung kepada pengurusan dokumentasi dengan pihak kerajaan Oman,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa ahli keluarga Allahyarham termasuk ibu bapanya dijangka mula tiba di Muscat pada tengah hari esok.
“Keluarga Allayarham termasuk ibu bapa dan pengasas RPWP akan mula tiba di Muscat pada tengahari esok,” ujarnya.
Terdahulu, Akhmal disahkan meninggal dunia pada jam 6.58 petang waktu Oman selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.
Pemergiannya bukan saja meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga dan teman rapat, tetapi turut membuatkan ramai netizen yang mengenalinya turut berasa sayu.
