Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

'Kanak-kanak' 30 Tahun Pun Layak Dapat 'Duit Raya', Masih Ada Cara Rupanya

Wan Aina
Duit raya 'Kanak-kanak' 30 Tahun

'Kanak-kanak' 30 Tahun Pun Layak Dapat 'Duit Raya', Masih Ada Cara Rupanya

Hari raya dah tinggal beberapa hari lagi, kebiasaannya bila tiba waktu yang macam ini kanak-kanaklah yang akan jadi orang paling ‘happy’ sebab tak sabar nak dapat duit raya.

Kalau zaman dulu, lepas sembahyang raya je mesti semua budak hilang, mana taknya semua dah pergi kutip duit raya satu kampung.

Tapi ramai tak sedar yang mungkin ada orang dewasa yang rindu dan dah lama simpan hasrat teringin nak terima duit raya jugak.

Bukan apa, dengan kekangan dunia zaman sekarang, kalau diikutkan orang dewasa yang lebih memerlukan duit, lagi-lagi bila datang musim raya.

Duit raya 'Kanak-kanak' 30 Tahun

Bila masuk je bulan Ramadan, kebanyakan dah mula runsing memikirkan persiapan nak sambut hari raya. Kalau bujang takpe lagi, ini kalau dah beranak pinak nak kena siapkan baju raya untuk satu keluarga, keperluan rumah dan macam macam lagi.

Tapi apa yang ramai mungkin terlepas ialah sebenarnya mereka yang dah berumur 30 tahun ni pun boleh collect duit raya jugak tau, caranya lain sikit tapi vibe masih macam zaman kanak-kanak dulu.

Semua Peringkat Umur Berhak Terima Duit Raya, 'Kanak-kanak' 30 Tahun Pun Dapat

Untuk pengetahuan, kanak-kanak umur 30 tahun yang dah lama mengidamkan nak dapat duit raya tu, sekarang tengah ada Kempen Beraya Bersama DuitNow QR X MYDIN.

Ini masa yang paling tepat sebab dalam setiap perbelanjaan barang rumah dan keperluan raya, ada ‘duit raya’ yang berbentuk baucar ditawarkan untuk korang.

Duit raya 'Kanak-kanak' 30 Tahun

Konsepnya mudah saja, pergi ke MYDIN beli barang dapur atau apa apa keperluan raya minimum RM100, dapat ‘duit raya’ berupa baucar RM10 yang boleh digunakan semula.

Tetap dapat rasa vibe seronok dapat duit raya tu walaupun bukan dalam sampul raya kan?

Lebih manis, ‘duit raya’ tu jugak boleh digunakan untuk nak topup belanja beli barang keperluan rumah. Dah jimat dah dekat situ.

Kempen Beraya Bersama DuitNow QR x MYDIN

Kempen Beraya Bersama DuitNow QR x MYDIN ini sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2026 dan terbuka kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit.

Bagi Ahli Meriah, korang hanya perlu belanja minimum RM100 dan imbas Kad Meriah semasa pembayaran untuk layak menerima baucar bernilai RM10 yang dicetak pada bawah resit untuk digunakan pada pembelian seterusnya.

Untuk pelanggan bukan Ahli Meriah pula, penyertaan masih sama cuma hanya perlu membuat pembayaran minimum RM100 menggunakan DuitNow QR di kaunter MYDIN.

Pelanggan bukan Ahli Meriah juga akan menerima baucar yang dicetak di bahagian bawah resit bernilai RM5 dan boleh digunakan semula ketika membeli barang pada kunjungan seterusnya.

Secara ringkasnya, setiap pembelian minimum RM100 ni bukan saja untuk melengkapkan persiapan raya di rumah, ia sekaligus membantu meringankan beban pelanggan untuk pembelian seterusnya nanti.

Duit raya 'Kanak-kanak' 30 Tahun

Tak kira lah umur berapa, sekarang semua orang masih boleh rasa seronok dapat duit raya, cuma bezanya bukan lagi dalam sampul raya tetapi dalam pelbagai bentuk lain.

Kalau memang dah rancang nak beli barang dapur atau stok rumah untuk persiapan raya, ini peluang terbaik untuk belanja sambil kumpul baucar sebagai “duit raya versi dewasa”.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, singgah ke MYDIN dan buat pembayaran menggunakan DuitNow QR sebelum kempen berakhir pada 31 Mei 2026.