Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Sungai Selisek

BERNAMA
Kanak-Kanak 10 Tahun
Kredit: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Selangor tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

Kredit: JBPM Selangor
Kredit: JBPM Selangor

“Kerja-kerja pencarian sedang dilakukan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jentera pertama tiba di lokasi pada 2.35 petang dengan kekuatan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Hilux dan sebuah bot.