Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kami Dah Tawarkan China Apa Saja Bantuan, Pakar Kami Luar Biasa” – Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menawarkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh China untuk memerangi wabak maut telah telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang setakat ini.

Dalam kenyataannya di Twitter, Trump berkata bahawa mereka (Amerika Syarikat) mempunyai hubungan yang baik dengan China.

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah melawat bandar Wuhan pada Isnin untuk bertemu dengan pegawai kesihatan dan meneliti tindak balas terhadap wabak tersebut. Virus Wuhan dikatakan telah bermula di bandar Wuhan dan komuniti setempat menghadapi sekatan ketat bagi mencegah penyebaran virus.

Virus koronavirus ini juga telah tersebar ke beberapa buah negara sehingga mewujudkan kebimbangan dalam komuniti masyarakat dunia. Pelbagai langkah pencegahan telah dibuat dan salah satunya ianya menyekat kemasukan pelancong China.

Sumber: Voa News