Bagaikan di medan perang, petugas barisan hadapan menghadapi risiko tinggi dijangkiti virus pembunuh COVID-19. Namun demi kesihatan masyarakat, mereka tetap berkorban biarpun terpaksa meninggalkan insan tersayang di rumah.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Nraini Hamid berkongsi pesanan kakaknya kepada dia sekeluarga.
Mesej yang ringkas, tapi cukup memberi kesan buat semua yang membaca.
Menangis tengok tweet ni
Doakan keluarga kami juga
Semoga semua frontliner dilindungi dan selamat dari musibah

Semoga semua petugas barisan hadapan ataupun frontliner kita dilindungi dan diberi kemudahan sentiasa. Aamiinn.
Kita pula, mari bantu mereka untuk bantu kita. Tak susah, hanya duduk diam di rumah.
Sumber: Noraini Hamid