Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Terima Kunjungan Trevor Noah, Sempat Titip Panduan Bahan Gurauan Untuk Persembahan Malam Ini

Anwar trevor
Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pelawak dan pengacara terkenal, Trevor Noah di pejabat beliau hari ini.

Iklan

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata mereka sempat berborak mengenai politik, jenaka dan pelbagai cerita yang diselang-seli gelak tawa.

“Saya juga sempat titip beberapa panduan tentang bahan gurauan yang boleh dibawa ke pentas malam ini. Harap tak ada yang terasa

“Apa pun, jangan risau Trevor, kalau apa-apa jadi malam ini, kita crowdfunding ramai-ramai,” ujarnya.

Trevor buat julung kali datang ke Malaysia bagi persembahan jelajahnya yang berlangsung di Idea Live Arena.

Beliau terkenal sebagai pengacara The Daily Show di Comedy Central yang memenangi Anugerah Emmy, selain pernah mengendalikan Anugerah Grammy selama enam tahun berturut-turut.

Selain itu, beliau juga pernah menulis, menerbitkan dan membintangi 12 rancangan komedi khas, manakala jelajah komedinya, Off The Record, habis terjual di seluruh dunia.

Selain Malaysia, Trevor turut dijadualkan mengadakan persembahan di Singapura sebagai sebahagian daripada siri persembahannya di Asia.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menerima kunjungan Trevor Noah di pejabat beliau hari ini.
  • Mereka sempat berbual mengenai politik, jenaka dan pelbagai cerita diselang gelak tawa.
  • Trevor hadir buat julung kali ke Malaysia untuk persembahan di Idea Live Arena.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan