Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jumlah Kes Covid-19 Di Seluruh Dunia Melepasi 19 Juta

Gambar Hiasan Via Google

MOSCOW, 7 Ogos (Bernama) — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 19 juta.

Agensi berita Sputnik, memetik data John Hopkins University melaporkan jumlah sebenar kes COVID-19 adalah 19,007,938 pada Jumaat, 02.00 GMT.

Lebih 713,000 orang meninggal dunia kerana pandemik ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini didaftarkan di Amerika Syarikat, Brazil dan India.

— BERNAMA