Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Terus Sapu, Ini Cara Betul Bersihkan Tahi Tikus

Aina Munirah
cara betul bersihkan tahi tikus
Gambar: AI/Flow

Jangan Terus Sapu, Ini Cara Betul Bersihkan Tahi Tikus

Umum mengetahui bahawa kebersihan merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian yang mencerminkan tahap kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu serta masyarakat.

Persekitaran yang bersih bukan sahaja memberikan keselesaan, malah turut mampu mencegah pelbagai penyakit berjangkit.

Namun begitu, isu kebersihan sering dipandang ringan, terutamanya apabila melibatkan kehadiran haiwan perosak seperti tikus.

Gambar: AI/Flow

Haiwan tersebut bukan sahaja merosakkan harta benda, malah boleh membawa pelbagai kuman berbahaya melalui najis atau air kencing.

Tahi tikus yang kelihatan kecil dan tidak berbahaya sebenarnya boleh menjadi sumber pencemaran serius kerana ia berpotensi menyebarkan penyakit yang berbahaya.

Oleh itu, penjagaan kebersihan yang rapi serta langkah pencegahan terhadap kehadiran tikus amat penting bagi memastikan persekitaran kekal selamat dan sihat untuk didiami.

Justeru itu, hari ini SK akan kongsikan cara untuk bersihkan najis tikus menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh Public Health Malaysia.

Cara bersihkan tahi tikus

Menurut perkongsian itu, sekiranya anda terjumpa najis tikus, sebaiknya, anda jangan terus sapu ataupun guna vacum.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak digalakkan menggunakan blower ataupun menyembur air ke arahnya.

Ini kerana, habuk dari najis tersebut boleh naik ke udara dan masuk ke dalam paru-paru. Sebaliknya, cara yang betul adalah anda perlu membuka pintu dan tingkap terlebih dahulu.

Ini bertujuan untuk membiarkan udara masuk. Sebaiknya, anda pakai sarung tangan. Selepas itu, sembur disinfectant atau bancuhan peluntur sehingga basah.

Gambar: AI/Flow

"Kemudian, tunggu sekurang-kurangnya lima minit," tambah Public Health Malaysia lagi.

Seterusnya, anda boleh kutip perlahan-lahan najis tersebut dengan tisu tebal ataupun kain pakai buang. Masukkan ke dalam plastik dan ikat dengan kemas.

"Akhir sekali, lap kawasan tersebut semula dan basuh tangan dengan sabun," ujarnya.

Jadi, selepas ini, sekiranya anda jumpa najis tikus di rumah anda, jangan buangnya dengan sembarangan. Sebaiknya, hapuskan dahulu dengan cara yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat.