Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Pandang Remeh, Ini Punca Jantung Anda Berdebar Tanpa Sebab

Azzwin
jantung berdebar
Kredit: Flow/AI

Jangan Pandang Remeh, Ini Punca Jantung Anda Berdebar Tanpa Sebab

Dalam kehidupan seharian, gejala jantung berdebar sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak serius dan mudah dipandang ringan.

Ramai mengaitkannya dengan keletihan, pengambilan kafein atau tekanan sementara, lalu memilih untuk tidak mengambil tindakan lanjut.

Namun hakikatnya, jantung berdebar boleh menjadi isyarat awal yang diberikan oleh tubuh terhadap keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian.

Tanpa pemeriksaan yang sewajarnya, gejala ini berpotensi menandakan masalah yang lebih kompleks dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Hari ini, SK ingin kongsikan beberapa punca sebenar jantung berdebar yang tidak boleh dianggap remeh daripada Public Health Malaysia.

Punca sebenar jantung berdebar tanpa sebab

Ada orang ingat jantung berdebar ini perkara kecil.

“Biasalah kot, sebab penat.”

“Mungkin sebab kopi.”

“Nanti okay la tu.”

Padahal ada masa, itu sebenarnya isyarat badan yang sedang minta kita ambil serius.

Jantung berdebar boleh jadi berlaku bila kita stres, kurang tidur, dehidrasi, terlebih kafein, atau gula dalam darah jatuh.

Tapi ia juga boleh berkait dengan anemia, tiroid, demam, kesan ubat tertentu, malah gangguan rentak jantung.

Masalahnya, ramai cuma tunggu dan diam. Selagi masih boleh berjalan, selagi tak pengsan, selagi rasa “tak teruk sangat”, mereka anggap ia akan hilang sendiri.

Sedangkan kalau gejala ini berulang, datang tiba-tiba, atau makin kuat, ia bukan benda yang patut disapu bawah karpet.

Lebih membimbangkan jika jantung berdebar datang sekali dengan sakit dada, sesak nafas, pening, rasa nak pitam, atau berpeluh sejuk.

Itu bukan masa untuk tenangkan diri semata-mata. Itu masa untuk dapatkan pemeriksaan.

Jangan anggap remeh bila badan mula beri amaran.

Kadang-kadang yang kita panggil “biasalah” itu, sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Dengar badan anda sebelum badan terpaksa “menjerit” lebih kuat.

Berikut merupakan antara puncanya:

  • Dehidrasi

  • Stres dan cemas

  • Anemia

  • Gula darah rendah

  • Gangguan rentak jantung

  • Terlebih kafein

  • Kurang tidur

  • Tiroid terlalu aktif

  • Demam atau jangkitan

Segera dapatkan rawatan jika berdebar disertai sakit dada, sesak nafas, pitam atau pening teruk.

Kredit: Public Health Malaysia