Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Persembahan Hiburan Ketika Majlis Konvokesyen, UniKL Mohon Maaf

UniKL Mohon Maaf
Kredit Gambar: ACE UniKL

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memohon maaf susulan isu segmen persembahan hiburan semasa Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL baru-baru ini.

Pihaknya turut memandang serius teguran yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“UniKL mengambil maklum keprihatinan masyarakat berhubung segmen persembahan hiburan semasa Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL baru-baru ini.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sebahagian daripada Kumpulan MARA Corp, UniKL memandang serius perkara ini dan bertanggungjawab sepenuhnya atas teguran oleh Pengerusi MARA, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya.

UniKL mohon maaf

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada Sabtu, UniKL menegaskan bahawa majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak pengiktirafan ilmu yang wajar dipelihara adab dan kesantunannya.

Sehubungan itu, UniKL memohon maaf atas kekhilafan tersebut dan akan membentangkan langkah-langkah penambahbaikan kepada pihak MARA dalam masa terdekat.

“UniKL turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh graduan Konvokesyen Ke-23. Kejayaan mereka adalah hasil usaha gigih dan pengorbanan bertahun-tahun, dan kekal sebagai pencapaian yang dibanggakan,” ujarnya lagi.

Intipati
  • UniKL memohon maaf susulan isu persembahan hiburan pada Majlis Konvokesyen Ke-23 baru-baru ini.
  • Universiti itu memandang serius teguran Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • UniKL akan membentangkan langkah penambahbaikan kepada MARA dalam masa terdekat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan