Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bank Rakyat Mohon Maaf, Laman Web Korporat Tak Dapat Diakses Buat Sementara Waktu

Laman Web Korporat Bank Rakyat
Kredit: Bernama

Laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses oleh orang ramai buat sementara waktu.

Iklan

Bank Rakyat menerusi satu kenyataan berkata pelanggan disarankan untuk menggunakan aplikasi mudah alih atau platform digital seperti, iRakyat, BRICK, QR2E dan ⁠i-bizRAKYAT.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai isu yang berlaku melibatkan laman web tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai laman web Bank Rakyat yang didakwa telah digodam.

Sumber:Threads