Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingatkan Air Masak Untuk Siram Kubur, Sekali Buka Botol Bunyi “Psssst...Psssst”

ingatkan air masak
Kredit: Threads @ismar_afeeq

Pernah tak anda berdepan situasi lucu yang berlaku tanpa diduga, lebih-lebih lagi ketika sedang melakukan sesuatu perkara yang serius?

Itulah pengalaman mencuit hati yang dikongsikan seorang pengguna Threads @ismar_afeeq ketikadia bersama ahli keluarganya mengziarahi sebuah pusara.

Seperti kebiasaan, mereka membawa air untuk menyiram pusara selain bunga yang akan ditaburkan sebagai tanda ingatan buat insan tersayang.

Namun, siapa sangka bekalan air yang dibawa dari rumah rupa-rupanya menyimpan kejutan sehingga mencetuskan gelak tawa.

Ingatkan Air Masak, Sekali Keluar Bunyi 'PSSSSSTTT!'

Kredit Threads @ismar_afeeq

Menurut pengguna Threads itu, ibu saudaranya pada awalnya membawa dua botol air dari rumah untuk kegunaan mereka di tanah perkuburan.

Sebaik tiba di pusara, abangnya kemudian mengambil salah satu botol berkenaan kerana menyangka ia berisi air masak seperti yang biasa dibawa untuk menyiram kubur.

“Maklong ada bawa dua botol air dari rumah. Sampai dekat kubur, abang aku pun ambillah satu botol. Ingatkan air masak, jadi terus buka penutup.

“Sekali... PSSSSSTTTT! Abg aku terus tengok botol. Eh, air apa ni? Rupa-rupanya aiskrim soda. Ingatkan satu botol saja, bila tengok botol kedua, eh sama juga. Dua-dua botol soda rupanya,” katanya dalam hantaran itu.

Maklong Pun Ingatkan Air Masak, Mujur Ada Bekalan Lain

Lebih melucukan, ibu saudara mereka sendiri pun menyangka kedua-dua botol itu berisi air masak.

Mujur, individu itu mempunyai bekalan air masak di dalam kereta, selain terdapat paip air berhampiran pusara ahli keluarga mereka itu.

“Maklong pun ingatkan air masak. Hahaha. Nasib baik dalam kereta aku ada air masak dan berdekatan kubur Pok De ada air paip. Kalau tak, memang tak menyiram,” katanya dalam hantaran tersebut.

Namun, di sebalik kejadian lucu itu, dia turut teringat akan arwah bapa saudaranya yang sememangnya gemar bergurau ketika hayatnya masih ada.

Menurutnya, jika arwah masih ada, pasti dialah orang paling kuat membahan ibu saudara mereka melihat kejadian tersebut.

Kadangkala, kenangan kecil seperti inilah yang membuatkan kita semakin merindui insan yang sudah tiada.

Walaupun mereka tidak lagi bersama, gelak tawa dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam ingatan keluarga.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads @ismar_afeeq berkongsi kisah keluarganya menziarahi pusara Pok De bersama Maklong.
  • Maklong membawa dua botol disangka air masak, namun kedua-duanya berisi minuman berkarbonat.
  • Mereka tetap dapat menyiram pusara kerana ada bekalan air masak dan paip berhampiran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan