Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ingat Telefon Nak Meletup”, Bunyi Kuat Ini Buat Pengguna Terkejut

telefon
Kredit: Threads sugardollbynn
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bunyi siren yang tiba tiba kedengaran daripada telefon bimbit mengejutkan orang ramai sehingga ada yang menyangka peranti mereka mengalami masalah.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dengan nama akaun @njhhrdhia mengakui terkejut apabila mendengar bunyi amaran yang kuat ketika ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) dijalankan.

“Wei, terkejutlah dengar ujian MySiren ini. Ingatkan telefon kena tipu. Kuat betul sirennya,” kongsi pengguna berkenaan.

Meninjau ruangan komen, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman masing masing ketika menerima bunyi amaran tersebut.

“Ingatkan zombi datang tadi. Hampir tercekik makan roti canai,” komen @encik_jul.

“Aku pula tengah tidur. Kenapalah buat hari Ahad,” kata @badger.5521371.

“Terkejut sangat. Tengah hendak membuat pembayaran barang di Shopee, tiba tiba siren berbunyi kuat. Ingatkan telefon baharu hendak meletup,” kongsi @khairkhalid_.

“Situasi sama, cuma ujian sahaja. Tidak perlu mengambil sebarang tindakan lanjut,” respons @luqmxnbunkers.

Seorang lagi pengguna, @miss_axiaa, turut berkongsi pengalaman ketika berada di tandas awam.

“Saya pun dapat tadi. Sudahlah sedang berada di tandas awam, tiba tiba telefon berbunyi sangat kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi akaun Threads @skmm_mcmc turut berkongsi peringatan supaya orang ramai mengaktifkan fungsi amaran kecemasan pada telefon masing masing.

MCMC meminta pengguna memastikan fungsi Emergency Alerts diaktifkan serta mengemas kini sistem operasi telefon kepada versi terkini bagi membolehkan peranti menerima amaran kecemasan apabila diperlukan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Bunyi siren MySiren pada telefon bimbit mengejutkan orang ramai ketika ujian dijalankan.
  • Pengguna Threads berkongsi pengalaman terkejut menerima amaran kuat dalam pelbagai situasi harian.
  • MCMC mengingatkan pengguna mengaktifkan Emergency Alerts dan mengemas kini sistem operasi telefon.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan