Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingat, 7 Langkah Penting Ini Bila Nak "Claim" Insurans Kereta Tenggelam Banjir

Kredit: ChatGPT

Ketika ini, banjir sering melanda di beberapa kawasan susulan hujan lebat. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan harta benda rumah termasuk kereta ditenggelami air.

Iklan

Bagi harta benda, boleh digantikan dengan barang baharu. Namun untuk sebuah kereta yang berharga puluhan atau ratusan ribu macam mana pula?

Mesti ramai yang terfikir nak cuba hidupkan enjin untuk tengok sama ada ia masih berfungsi.

Kalau kereta baru ditenggelami banjir, tahan dulu. Hidupkan enjin kadangkala boleh memburukkan kerosakan sekiranya air sudah masuk ke dalamnya.

Dalam masa yang sama, semak sama ada polisi anda meliputi kerosakan akibat banjir.

Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), kebanyakan polisi motor komprehensif standard memerlukan perlindungan tambahan Special Perils untuk meliputi risiko ini.

Jadi, apa yang perlu dibuat kalau kereta sudah terendam? Berikut tujuh langkah perlu anda lakukan.

7 Step Claim Insurans Kereta Tenggelam Banjir

1. Jangan hidupkan enjin

Walaupun air sudah surut, elakkan daripada menghidupkan enjin untuk menguji kereta atau mengalihkannya. Tunggu sehingga kenderaan diperiksa kerana air mungkin sudah memasuki enjin atau menjejaskan sistem elektrik.

2. Ambil gambar dan video sebagai bukti

Apabila keadaan sudah selamat, rakam keadaan kereta sebelum ia dialihkan atau dibersihkan, jika boleh. Pastikan nombor pendaftaran, kesan paras air dan kerosakan yang kelihatan di bahagian luar serta dalam kereta dirakam dengan jelas. Simpan gambar dan video itu untuk dikemukakan bersama tuntutan.

3. Hubungi syarikat insurans dengan segera

Maklumkan bahawa kereta anda terjejas akibat banjir. Berikan lokasi kenderaan dan nombor pendaftaran, kemudian semak perlindungan banjir, cara menghantar tuntutan dan bantuan tunda yang tersedia.

4. Semak sama ada laporan polis diperlukan

Keperluan laporan polis boleh berbeza mengikut syarikat insurans atau pengendali takaful. Semasa menghubungi mereka, tanya sama ada laporan perlu dibuat, tempoh untuk mengemukakannya dan dokumen lain yang perlu disertakan.

5. Aturkan khidmat tunda dan pemeriksaan

Ikut arahan syarikat insurans untuk menunda kereta ke bengkel panel atau bengkel yang ditetapkan. Semak sama ada kenderaan perlu diperiksa oleh penilai kerugian terlebih dahulu dan dapatkan arahan syarikat insurans sebelum membenarkan bengkel memulakan pembaikan.

6. Sediakan dokumen tuntutan

Antara dokumen yang disenaraikan ialah borang tuntutan yang lengkap, salinan kad pengenalan dan lesen memandu, maklumat pendaftaran kenderaan, jadual polisi insurans serta gambar dan video kerosakan.

Sertakan juga laporan polis jika diperlukan, serta anggaran kos pembaikan atau laporan pemeriksaan jika diminta. Gunakan senarai yang diberikan oleh syarikat insurans untuk menyemak dokumen sebelum menghantarnya.

7. Tunggu keputusan dan semak status tuntutan

Selepas dokumen dihantar, simpan nombor rujukan tuntutan jika diberikan. Tempoh semakan bergantung pada kelengkapan dokumen, hasil pemeriksaan dan penilaian syarikat insurans. Gunakan nombor rujukan itu ketika menyemak perkembangan tuntutan atau mengemukakan maklumat tambahan

Intipati
  • Pemilik kereta terendam banjir dinasihatkan tidak menghidupkan enjin selepas air surut.
  • Gambar dan video kerosakan perlu dirakam sebelum kereta dialihkan atau dibersihkan.
  • Tuntutan insurans memerlukan semakan perlindungan, dokumen lengkap dan arahan syarikat insurans.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan