Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Wajibkan Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Mulai 2027

Athirah
Indonesia
Kredit: Kompas TV

Indonesia Wajibkan Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Mulai 2027

Bahasa Inggeris bakal dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah rendah di Indonesia bermula tahun 2027, lapor Antara News.

Menteri Pendidikan Asas dan Menengah, Abdul Mu’ti  berkata kementeriannya kini sedang merangka pelbagai persiapan bagi memastikan pelaksanaan dasar itu berjalan lancar, termasuk menyediakan latihan khusus Bahasa Inggeris kepada guru sekolah rendah.

“Latihan akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan guru sekolah rendah di seluruh Indonesia,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan dasar tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan selain melengkapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21 sejak di peringkat awal persekolahan.

“Melalui penguasaan Bahasa Inggeris sejak awal, pelajar Indonesia diharap mampu bersaing di peringkat global," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mu’ti menegaskan bahawa usaha pemulihan serta pendigitalan sekolah bukanlah matlamat utama, sebaliknya merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuhkan mutu perkhidmatan pendidikan di negara itu.

Menurut beliau, kementerian juga memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kelayakan dan kemahiran guru bagi memastikan sistem pendidikan terus diperkasa.