Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

iCAUR Malaysia Rai 5,000 Pemilik, Perkenal Komuniti Rasmi

iCAUR Malaysia mencatatkan jumlah 5,000 pemilik kenderaan sejak diperkenalkan di negara ini pada September 2025, sekali gus menandakan perkembangan jenama kenderaan elektrik (EV) itu dalam pasaran tempatan.

Iklan

Bersempena pencapaian itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan nama baharu komuniti pemilik rasminya, iCAUR Malaysia Official Community, bagi memperkukuh hubungan antara pemilik di seluruh negara.

Menurut iCAUR Malaysia dalam kenyataan hari ini, penyerahan kenderaan kepada pemilik ke-5,000 menjadi acara utama sambutan ‘5,000 Miles of Play’ yang berlangsung di Serene and Stellar, Puchong, pada 21 November lalu.

Men Lin Bo berkata pencapaian itu didorong kepercayaan pelanggan serta sokongan rakan pengedar dan pihak yang menyokong jenama berkenaan sejak awal.

“Pencapaian ini bukan hanya milik iCAUR, tetapi juga milik semua pemilik kenderaan kami. Kami amat menghargai kepercayaan pelanggan, rakan pengedar dan semua pihak yang menyokong kami sejak awal lagi,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata sokongan berkenaan mendorong syarikat untuk terus menyediakan pengalaman pemilikan yang menarik serta membina hubungan erat dengan pelanggan.

Sambutan bertemakan semangat ‘Born To Play’ itu menghimpunkan pemilik iCAUR, tetamu jemputan dan wakil syarikat, selain menampilkan persembahan muzik secara langsung, jamuan makan tengah hari serta cabutan bertuah.

Sementara itu, iCAUR Malaysia Official Community yang diterajui Presidennya, Keem Yap, mengalu-alukan penyertaan kelab pemilik sedia ada, termasuk yang dikendalikan pengedar, bagi membentuk rangkaian lebih luas sambil mengekalkan identiti masing-masing.

Yap berkata pemilikan kenderaan itu turut membuka ruang kepada pembentukan persahabatan baharu dalam kalangan anggota komuniti.

“Ketika membeli iCAUR, saya hanya membayangkan keseronokan memandu kereta itu. Namun, apa yang tidak saya jangka ialah jumlah persahabatan baharu yang terjalin sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Beliau berharap setiap pemilik, tanpa mengira lokasi atau model iCAUR yang dipandu, berasa dialu-alukan dan mendapat sokongan daripada komuniti berkenaan.

Menurut kenyataan itu, antara aktiviti yang telah dianjurkan bagi menghimpunkan pemilik ialah JB Convoy Drive, Durian Parties Drive dan Malaysia CampFest 2026 di Temu Campsite.

Lebih banyak aktiviti konvoi, perjumpaan dan program gaya hidup turut dirancang dalam beberapa bulan akan datang bagi mengeratkan hubungan serta menggalakkan perkongsian pengalaman sesama pemilik.

Maklumat lanjut mengenai jenama dan aktiviti komuniti boleh diperoleh menerusi laman sesawang [www.icaur.com.my](https://www.icaur.com.my) serta saluran media sosial rasminya.

Intipati
  • iCAUR Malaysia mencatatkan 5,000 pemilik sejak jenama EV itu diperkenalkan September 2025.
  • Syarikat memperkenalkan iCAUR Malaysia Official Community bagi memperkukuh hubungan pemilik seluruh negara.
  • Lebih banyak konvoi, perjumpaan dan program gaya hidup dirancang untuk komuniti pemilik iCAUR.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan