Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di lapan negeri dan satu wilayah sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu melibatkan negeri Kelantan iaitu di daerah Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai.
Di Terengganu pula, daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dijangka terlibat.
Hujan lebat turut diramal di kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Bagi negeri Selangor pula, hanya daerah Hulu Langat yang terlibat.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan dan Johor yang masing-masing menyaksikan hanya satu daerah diramal hujan lebat iaitu daerah Jelebu dan Mersing.
Di Sarawak pula, hanya daerah Serian yang terlibat.
Manakala di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman, Tawau (Kalabakan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Labuk & Sugut, Sandakan, Telupid dan Tongod), Pantai Barat.
Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan Lebat Diramal Di 8 Negeri, 1 Wilayah

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
