Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Hitam Misteri Turun Selepas Insiden Ribut Petir Gemparkan Penduduk Jepun

Sehari selepas kejadian ribut petir kuat yang melanda Tokyo, hujan hitam misteri dilaporkan turun di beberapa kawasan di Jepun.

Iklan

Hujan berkenaan, yang seakan-akan cat berwarna hitam tetapi tidak tebal, dikesan tidak mempunyai tanda radioaktif dan pihak berkuasa masih menyisat punca kejadian berkenaan berlaku.

Salah seorang warga emas di Jepun yang pernah melalui peristiwa pengebomam Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 berkata, hujan berkenaan mengingatkannya kepada tragedi dahsyat berkenaan.

Beberapa foto kesan hujan hitam misteri itu kemudian beredar di media sosial setelah dimuat naik oleh penduduk tempatan. Ada yang mendakwa ia ‘sedikit menakutkan’.

Salah seorang pengguna media turut bertanya soalan aneh, ”Adakah mereka secara rahsia membakar mayat pesakit Covid-19”, lapor Daily Star.

Setakat ini, penjelasan yang paling logik berhubung fenomena berkenaan adalah kebakaran di sebuah kilang plastik di Saitama, dan asap yang bercampur dengan hujan mungkin menjadi punca.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Jepun yang sangsi dengan penjelasan tersebut dan terus mengutarakan dakwaan-dakwaan yang lain.

”Bukankah Korea Utara ada menjalankan ujian peluru berpandu baru-baru ini?”, kata seorang pengguna media sosial.

Manakala yang lain menasihatkan orang ramai mengelak daripada terkena hujan berkenaan kerana mendakwa ia mungkin berbahaya kepada badan.

Sumber: Daily Star