Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Honda Mulakan Perluasan Premium Dengan Pembukaan Di Senai

Syamimi
HONDA

Honda Mulakan Perluasan Premium Dengan Pembukaan Di Senai

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini secara rasmi membuka Honda BigWing Senai, pengedar premium pertama yang dibuka bagi tahun 2026. Sebagai bilik pameran Honda BigWing ke-7 di Malaysia dan yang kedua di Johor, fasiliti ini menjadi hab strategik di selatan bagi memenuhi permintaan tinggi komuniti penunggang dari Johor dan Singapura.

Pembukaan BigWing Senai merupakan langkah penting dalam komitmen berterusan BSH untuk memperkukuhkan rangkaian serantaunya.

Melalui peluasan rangkaian pengedaran ini, BSH terus meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal dengan menghubungkan jentera bertaraf dunia bersama gaya hidup permotoran premium buat peminat Honda di wilayah selatan.

Penanda Aras Baharu Pengalaman Premium: “Zero-Clutter”

Mengangkat konsep “Zero-Clutter”, BigWing Senai tampil dengan reka bentuk minimalis yang menitikberatkan pengalaman pelanggan serta kepakaran teknikal. Fasiliti ini direka sebagai destinasi lengkap buat para penunggang, dengan menawarkan:

• Bilik Pameran Konsep Terbuka: Menampilkan rangkaian penuh motosikal berkuasa tinggi 2026 termasuk model terkini yang dilengkapi teknologi Honda E-Clutch.

• Pusat Servis Berintegrasi: Pusat servis khusus yang disokong rantaian bekalan alat ganti yang cekap bagi memastikan penyelenggaraan lebih lancar dan prestasi optimum.

• Ruang Santai Komuniti Eksklusif: Ruang gaya hidup khas untuk kumpulan konvoi serta menjadi lokasi pertemuan komuniti penunggang di selatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Encik Kunitomo Asano berkata:

“Dengan minat yang semakin meningkat, pembukaan Honda BigWing Senai menandakan satu lonjakan penting dalam strategi peluasan rangkaian kami bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti permotoran. Pasukan juruteknik dan perunding kami yang berkemahiran tinggi bersedia memastikan setiap pemilik Honda menikmati standard servis serta kepakaran teknikal terbaik.

“Ketika kami meraikan pembukaan Senai hari ini sebagai bilik pameran premium utama pertama bagi tahun 2026, kami juga teruja untuk melengkapkan rangkaian koridor premium nasional menerusi pembukaan dua lagi bilik pameran BigWing di Pulau Pinang dan Kedah menjelang penghujung tahun ini.”

Promosi Eksklusif Sempena Pembukaan Rasmi

Bersempena pembukaan rasmi ini, pelanggan turut boleh menikmati promosi eksklusif untuk tempoh terhad:

• Rebat RM5,000 bagi pembelian Hornet CB750, CB650 E-Clutch dan CBR650R E-Clutch sehingga 31 Ogos 2026

• Aksesori EMS percuma dengan pembelian NX500 atau ADV350 sehingga 31 Ogos 2026

• Diskaun 20% bagi barangan rasmi dan alat ganti sehingga 24 Mei 2026

Lokasi & Waktu Operasi

• Alamat: No. 451, Jalan Persiaran Scientex Utama 1, Taman Scientex Utama, 81400 Senai, Johor

• Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9.30 pagi – 7.00 malam