Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hina Sahabat Nabi Muhammad SAW Adalah Haram & Berdosa Besar - Dr. Zulkifli

Athirah
Nabi Muhammad
Kredit: Bernama

Hina Sahabat Nabi Muhammad SAW Adalah Haram & Berdosa Besar - Dr. Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam agar menjaga tutur kata dan penulisan supaya tidak mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran @Drzulkiflihasan di Facebook, beliau menegaskan bahawa masyarakat perlu menghormati serta menyayangi para sahabat Nabi Muhammad SAW, selain mengelakkan sebarang bentuk fitnah terhadap mereka.

"Hormat & sayangi para sahabat Rasulullah ﷺ & jauhi fitnah terhadap mereka. Pelihara lidah & penulisan dari mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah ﷺ," ujarnya.

Selain itu, Zulkifli turut mengingatkan bahawa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW adalah haram serta berdosa besar.

“Mereka generasi terbaik, dipuji Allah (At-Tawbah:100) – mencaci mereka bererti menghina insan yang tegakkan Islam bersama Nabi ﷺ,” katanya lagi.