Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hilton Shah Alam Glenmarie Bawa Pengalaman Percutian Gaya Resort Ke Lembah Klang

Syamimi
SHAH

Hilton Shah Alam Glenmarie Bawa Pengalaman Percutian Gaya Resort Ke Lembah Klang

Hilton mengalu-alukan kehadiran tetamu ke Hilton Shah Alam Glenmarie, destinasi penginapan berinspirasikan resort di Lembah Klang yang sesuai untuk percutian singkat, pertemuan bermakna dan masa santai di ruang terbuka.

Dengan ruang terbuka yang luas dan persekitaran yang menenangkan, hotel ini dipadankan dengan hospitaliti khas Hilton bagi menghadirkan pengalaman penginapan yang selesa, teratur dan penuh ketenangan. 

Sebagai sebahagian daripada kehadiran jenama utama Hilton di Selangor, Hilton Shah Alam Glenmarie menghadirkan kemudahan perniagaan dalam suasana berorientasikan gaya hidup. Bangunan persidangan baharu yang dibina khas menjadi tunjang tawaran mesyuarat hotel ini, dilengkapi lebih 2,800 meter persegi ruang mesyuarat dan acara serba guna merangkumi 29 ruang, sesuai untuk persidangan, pelancaran produk, majlis perkahwinan mahupun sambutan istimewa.

“Hilton Shah Alam Glenmarie direka sebagai ruang untuk tetamu berhenti seketika tanpa perlu meninggalkan kota, dengan suasana yang terbuka, tenang dan mudah dinikmati,” kata Linda Reddy, Pengurus Besar Hilton Shah Alam Glenmarie. “Lokasinya yang bersebelahan padang golf memberikan rasa lebih lapang kepada pengalaman menginap, menjadikannya sesuai sama ada untuk mesyuarat, sambutan istimewa atau percutian singkat di Lembah Klang.”

Pengalaman menjamu selera di Hilton Shah Alam Glenmarie dirangka untuk dinikmati dalam rentak yang lebih perlahan dan mesra pertemuan, daripada makan tengah hari yang panjang, minum petang hingga pertemuan pada waktu malam. Gingerfire menawarkan hidangan sepanjang hari dengan pemandangan kolam renang, manakala Glen Lounge menjadi lokasi sesuai untuk menikmati minum petang dan minuman malam berlatar panorama terbuka.

Bagi mereka yang mahukan suasana lebih peribadi, Fūrin menawarkan pengalaman sajian Jepun yang intim. Garden Terrace Restaurant pula membawa suasana terbuka dari sarapan hingga makan malam, sementara Pine Café melengkapkan pilihan dengan sajian ringan dan minuman untuk dinikmati atau dibawa pulang. 

Hotel ini menawarkan 261 bilik dan suite yang sesuai untuk percutian hujung minggu mahupun penginapan lebih panjang. Beberapa Premium Executive Rooms menampilkan reka bentuk dupleks serta balkoni peribadi, dengan susun atur dua aras yang memberikan lebih fleksibiliti, keselesaan dan privasi. Tetamu yang menginap di Executive Rooms dan Suites turut menikmati akses ke Executive Lounge, yang menyediakan hidangan ringan sepanjang hari serta bilik mesyuarat yang boleh ditempah untuk perbincangan kecil dan lebih peribadi.

Bagi mereka yang ingin memperlahankan rentak tanpa meninggalkan Lembah Klang, pelbagai kemudahan riadah tersedia untuk dinikmati. Tetamu boleh berehat di kolam renang bersama jacuzzi, menikmati kolam kanak-kanak dan taman permainan, atau meluangkan masa di Glenmarie Golf and Country Club yang terletak bersebelahan hotel.

Kelab ini menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi termasuk pusat kecergasan lengkap, kolam renang bersaiz Olimpik serta gelanggang dalaman dan luaran. Pengalaman bermain golf turut menjadi sebahagian daripada penginapan menerusi pakej Stay & Play, yang menggabungkan penginapan semalaman dengan masa di padang golf.

Ruang acara di hotel ini direka untuk menyokong pelbagai majlis sosial dan fungsi korporat dengan lancar. Antara tumpuan utama ialah Cullinan Event Hall, ruang acara dengan pencahayaan semula jadi dan susun atur serba guna, sesuai untuk pelancaran produk, majlis keraian intim mahupun sambutan perkahwinan berskala lebih besar.

Tetamu Hilton Shah Alam Glenmarie juga boleh menikmati manfaat Hilton Honors, program kesetiaan tetamu Hilton yang memenangi pelbagai anugerah. Ahli yang membuat tempahan terus melalui Hilton boleh menikmati kadar eksklusif ahli, Wi-Fi standard percuma, pilihan pembayaran fleksibel menerusi Points & Money, serta peluang mengumpul mata ganjaran sepanjang penginapan.

Bersempena pembukaan hotel ini, ahli Hilton Honors akan menerima tambahan 1,000 mata ganjaran bagi setiap penginapan dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2026.

Hilton Shah Alam Glenmarie terletak di 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, Shah Alam, 40250, Selangor, Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari www.hilton.com/shahalamglemarie atau e-mel ke [email protected].