Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hidap Kanser Tahap 4, Pemuda Rebah Ketika Sujud Sebelum Dijemput Ilahi

Iqbal Yasir
Pemuda Rebah Ketika Sujud

Hidap Kanser Tahap 4, Pemuda Rebah Ketika Sujud Sebelum Dijemput Ilahi

Setiap daripada kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang dalam hidupnya, kerana setiap insan menempuh jalan hidup yang berbeza.

Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, diuji dengan kehilangan insan tersayang, dan ada pula yang bergelut dengan rasa sakit yang mencengkam tubuh dan jiwa.

Bagi mereka yang bergelar pejuang kanser, bukanlah sesuatu yang mudah diungkapkan.

Walaupun secara zahirnya kelihatan ceria dibalik senyuman, namun jauh di dalam tubuh fizikal ada 'sesuatu' sedang menelan masa kehidupan mereka.

Hari demi hari, pastinya perubahan fizikal makin dirasai dan memerlukan rawatan khusus termasuk pemantauan yang rapi.

Namun, kelompok pejuang ini tetap kuat meneruskan hidup dengan penuh harapan.

Pemuda Rebah Ketika Sujud

Semalam, pemergian seorang penghidap kanser tahap 4, Faris Zhafri Mohd Zailan,18, meruntun jiwa ramai.

Perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh sahabat allahyarham yang juga bergelut dengan ujian kesihatan sama.

"Kami janji nak berkumpul setelah semua sihat..", Kini Dari 5 Sekarang Tinggal 2

Gambar: Muhammad Syafiq Azman

"Walaupun kami kenal cuma sekejap, kami aktif berwasap dan bertanya khabar. Kami janji nak berkumpul setelah semua sihat.

"Arwah sempat bantu saya cukur kepala bahagian belakang, waktu rambut saya mula gugur kesan kimoterapi pertama tahun lepas di Hospital Ampang.

"Dari group 5 fighters, sekarang berbaki 2. Moga saya dan Zack diberikan kekuatan dan kesembuhan," kongsi Muhammad Syafiq Azman salah seorang rakan arwah.

Pemergian Yang Dicemburui, Rebah Ketika Bertemu Sang Pencipta

Gambar: Facebook Mohd Azuan Asmuni

Difahamkan, Faris menghembuskan nafas terakhir ketika bersujud dalam solat sebelum dikejarkan ke zon merah.

"Arwah rebah ketika solat...ketika bersujud untuk bertemu Sang Pencipta.

"Arwah dikejarkan di zon merah...tapi rezekinya didunia sudah berakhir..betapa mulianya kamu di sisi ALLAH," tulis hantaran.

Takdir yang telah tertulis bahawa 12 Mei merupakan hari terakhir arwah di dunia.