Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Harga Minyak Naik Ekoran Usaha Diplomasi Perang AS-Iran Temui Jalan Buntu

Iqbal Yasir
Harga Minyak Naik
Kredit: AFP

Harga Minyak Naik Ekoran Usaha Diplomasi Perang AS-Iran Temui Jalan Buntu

NEW YORK/LONDON, 11 Mei (Bernama) – Harga minyak terus melonjak pada permulaan minggu ini selepas rundingan damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Satu tong (159 liter) minyak mentah Brent Laut Utara bagi penghantaran Julai meningkat lebih empat peratus kepada US$105.76 dalam dagangan awal pada Isnin.

Harga minyak telah meningkat pada penghujung minggu lepas, selepas jatuh kepada US$96 pada Khamis berikutan harapan untuk penyelesaian diplomatik terhadap konflik Asia Barat itu.

Bagaimanapun, usaha oleh Washington dan Tehran untuk meredakan ketegangan menunjukkan sedikit kemajuan.

Presiden AS Donald Trump menyifatkan maklum balas terbaharu Iran terhadap cadangan AS yang bertujuan menamatkan konflik itu sebagai "sama sekali tidak boleh diterima" dan mengeluarkan ancaman baharu terhadap Tehran.

Iran menolak cadangan AS itu, dengan media kerajaan menyifatkannya seolah-olah satu tuntutan agar Tehran menyerah kalah.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk meneruskan peperangan sehingga kebimbangan utama menyelubungi program nuklear Iran dapat diselesaikan.