Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

HABIB Lancarkan Koleksi Baru Istimewa Daripada Didi & Friends

Syamimi
DIDI

HABIB Lancarkan Koleksi Baru Istimewa Daripada Didi & Friends

HABIB, jenama barangan kemas tempatan dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaharu hasil kolaborasi istimewa bersama Didi & Friends, yang menggabungkan elemen pendidikan, hiburan dan nilai simpanan melalui emas.

Koleksi ini menampilkan empat buah buku cerita kanak-kanak klasik yang sarat dengan pengajaran, iaitu Arnab dan Kura-Kura, Monyet dan Lada, Penggembala dan Serigala serta Singa dan Tikus. 

Direka dengan warna-warna ceria dan ilustrasi yang menarik, koleksi ini bertujuan untuk mencetus minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di samping menyampaikan nilai moral dan teladan yang berguna dalam kehidupan seharian.

Setiap buku membawa mesej tersendiri yang menggalakkan sifat positif seperti kesabaran, kejujuran dan kebijaksanaan.

Lebih istimewa, setiap buku didatangkan bersama wafer emas 999.9 seberat 0.20gram, dengan rekaan yang unik, menjadikan koleksi ini bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga satu langkah awal untuk memupuk amalan menabung dalam bentuk aset berharga.

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana kepingan emas tersebut boleh dikeluarkan dan disimpan secara berasingan di tempat yang lebih selamat.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, “Melalui pendekatan ini, kami ingin memperkenalkan emas dalam cara yang lebih mudah difahami oleh kanak-kanak. Pada masa yang sama, kami berharap ia dapat menggalakkan minat membaca serta membentuk nilai positif sejak usia muda.”

Koleksi HABIB x Didi & Friends ditawarkan pada harga RM198 bagi sebuah buku bersama wafer emas 999.9, manakala set lengkap empat buku boleh dimiliki pada harga RM792. Set ini turut hadir bersama beg eksklusif buku cerita HABIB x Didi & Friends Storytime, sesuai untuk penyimpanan dan dibawa ke mana-mana.

Melalui pelancaran ini, HABIB berharap dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk memperkenalkan konsep simpanan emas kepada anak-anak sejak kecil, sambil menggalakkan budaya membaca yang sihat dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikut media sosial rasmi HABIB di Instagram dan Tiktok @habibjewelsofficial dan Facebook dan LinkedIn @HABIB.