Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Kongsi Kisah Pilu Di Sebalik ‘Tidak Hadir’ Murid Ini Sebelum Berjaya Bergelar Anggota Bomba

Athirah
Anggota Bomba
Kredit: Mohd Syamri Abd Razak
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Guru Kongsi Kisah Pilu Di Sebalik ‘Tidak Hadir’ Murid Ini Sebelum Berjaya Bergelar Anggota Bomba

Kerjaya sebagai seorang anggota bomba sememangnya bukan satu pekerjaan yang mudah.

Sebagai anggota bomba, tugas mereka bukan hanya semata-mata memandam kebakaran, tetapi perlu menangani hampir semua kes kecemasan yang berlaku.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar insiden, anggota bomba merupakan barisan yang terawal yang hadir di lokasi kejadian.

Tugas yang dilaksanakan pula sangatlah berisiko tinggi dan seringkali meletakkan nyawa sendiri sebagai ‘cagaran’ ketika berusaha menyelamatkan kehidupan yang lain.

Malah, media sebelum ini juga turut pernah melaporkan kisah-kisah keperwiraan anggota bomba yang gugur ketika terlibat dalam operasi menyelamat, baik yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.

Berita-berita ini sekaligus menjadi bukti bahawa bomba mempunyai tanggungjawab besar dan memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Guru kongsi kisah pilu anak murid sebelum berjaya menjadi anggota Bomba

Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai seorang murid Tingkatan 5 yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah hampir setahun lalu atas alasan yang memilukan.

Menerusi hantaran Mohd Syamri Abd Razak di Facebook, beliau pernah menziarahi murid tersebut di rumahnya sekitar jam 10 pagi selepas mendapati kehadirannya semakin merosot.

Hasil kunjungan itu, terbongkar kisah sebenar di sebalik ketidakhadiran pelajar berkenaan, termasuk pengorbanan seorang abang yang bekerja pada waktu malam demi menyara dan memastikan adiknya terus bersekolah.

Selepas ziarah tersebut, murid itu mengambil keputusan untuk mengubah kehidupannya.

"Kisah ini bukan sekadar cerita"

"Hari ini… Alhamdulillah, anak ini yang menduduki SPM baru-baru ini telah diterima menjadi anggota Bomba, dan kini ditempatkan di Balai Bomba Kg Raja selepas menjalani latihan di Akademi Bomba Wilayah Timur Wakaf Tapai

"Hari ini Hari Bomba… kisah ini bukan sekadar cerita, tetapi bukti bahawa perubahan itu membuka jalan kehidupan

"Bukan semua anak bermula dengan mudah, tetapi yang sanggup berubah akan sampai ke tempat yang tidak disangka

"Tahniah anak SMK TOK DOR. Terus berbakti untuk masyarakat. Kita tidak berjaya kerana kita sempurna, tetapi kerana kita memilih untuk berubah," ujar beliau.