Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual Libat Pelajar

BERNAMA
Guru Ditahan Bantu Siasatan
Kredit: Bernama

Guru Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual Libat Pelajar

JERTIH, 26 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang guru lelaki hari ini bagi membantu siasatan dakwaan salah laku seksual membabitkan mangsa pelajar sekolah yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahman ketika dihubungi Bernama berkata lelaki berusia 41 tahun yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan kira-kira 3 petang tadi.

“Penahanan dibuat susulan dua laporan diterima polis daripada dua pelajar hari ini. “Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman,” katanya.

Isu seorang guru lelaki didakwa mencabul pelajar lelaki di Besut tular selepas seorang pemilik akaun Facebook memuat naik hantaran itu sejak beberapa hari lepas.