Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Grab Adakan Program Penghargaan Rakan Grab

Syamimi
PROGRAM

Grab Adakan Program Penghargaan Rakan Grab

Grab Malaysia (Grab) hari ini menganjurkan Penghargaan Rakan Grab, sebuah usaha berterusan yang diadakan, bagi menghargai peranan penting rakan-pemandu dan penghantar Grab.

Dengan kerjasama Central Mart, Grab telah mengagihkan baucar petrol dan barangan runcit kepada para rakan yang hadir, sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas, bagi membantu meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Inisiatif Grab untuk menyokong rakan-penghantar ini dilaksanakan seiring dengan usaha negara dalam meringankan beban ekonomi rakyat Malaysia.

“Grab komited untuk menyumbang ke arah memacu Malaysia ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua. Melalui pelbagai alatan dan program yang membantu rakan penghantar membina peluang pendapatan jangka panjang yang berdaya tahan, kami menawarkan sebuah platform yang membolehkan semua orang untuk terus maju. Melalui inisiatif jangka pendek seperti baucar yang memberi kelegaan kepada rakan Grab dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, kami berhasrat untuk memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang berdaya maju dan mampan untuk semua rakyat Malaysia," kata Rashid Shukor, Pengarah Kanan, Grab Malaysia. 

Alatan seperti AI Ride Guide dan sebuah insentif baharu yang dipertingkatkan, direka untuk memberi maklumat permintaan masa nyata dan mengoptimumkan laluan perjalanan untuk membantu rakan-penghantar memaksimumkan pendapatan dan kecekapan mereka. Alatan ini dapat membantu rakan-penghantar mengekalkan fleksibiliti mereka untuk memilih cara dan lokasi operasi.

Pendekatan ini juga memperkasakan peluang pendapatan untuk wanita yang sering mempunyai pilihan terhad untuk menjana pendapatan. Kajian pada tahun 2026 mendedahkan bahawa 74% rakan wanita Grab melaporkan tahap kebebasan kewangan yang lebih baik melalui platform ini.

"Penting bagi Grab dalam melaksanakan usaha ini dengan betul kerana ia merupakan teras utama dalam pendekatan kami. Sebagai sebuah syarikat yang berpaksikan misi, kami menilai kejayaan bukan sahaja melalui pertumbuhan, tetapi juga melalui impak sosial yang positif serta berpanjangan dalam komuniti yang kami layani."

"Teknologi yang disertai dengan semangat ehsan dapat memperkasakan para rakan kami untuk memanfaatkan ekosistem yang telah kami bina bagi menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik, berteraskan sokongan menyeluruh, keselamatan, pendapatan mampan dan peningkatan kemahiran," tambah Rashid. 

Selain alatan berasaskan platform, Grab turut menyokong rakan penghantar melalui GrabBenefits yang merangkumi perlindungan insurans kemalangan peribadi, caruman PERKESO dan inisiatif penjimatan kos harian, serta program peningkatan kemahiran melalui GrabAcademy, yang mana lebih daripada RM10 juta telah dilaburkan sepanjang tahun 2025.