Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Generasi Baharu Tiada Tandingan, Mercedes-AMG GLC Coupé Nightfall Edition Baharu

Syamimi
GENERASI

Generasi Baharu Tiada Tandingan, Mercedes-AMG GLC Coupé Nightfall Edition Baharu

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition baharu, model Nightfall Edition kedua selepas kejayaan pelancaran Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition. Dipasang secara tempatan, edisi khas ini menggabungkan elemen reka bentuk yang berkuasa dengan perincian luaran lebih eksklusif serta pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan.

Martin Schulz, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden, Mercedes-Benz Cars Malaysia serta Ketua Wilayah, Mercedes-Benz Cars Asia Tenggara berkata,

“Pengenalan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition baharu mencerminkan fokus strategik kami dalam memperluaskan penawaran produk secara berterusan bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Penambahan terbaharu ini membolehkan kami memenuhi kehendak tersebut dengan lebih tepat menerusi gabungan reka bentuk dinamik, spesifikasi yang dipertingkatkan serta karakter prestasi AMG dalam bentuk yang lebih sporty.”

Nadia Trimmel, Naib Presiden Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Cars Malaysia turut berkata,

“Dengan Nightfall Edition, kami memperkenalkan dimensi lebih ekspresif kepada pengalaman Mercedes-AMG GLC Coupé menerusi gabungan sempurna antara reka bentuk dan emosi pemanduan. Daripada AMG Night Package Exterior II eksklusif hinggalah AMG Real Performance Sound, setiap perincian direka untuk meningkatkan keterujaan di sebalik stereng serta memberikan pengalaman pemilikan yang lebih istimewa buat pelanggan yang menghargai keunikan dan prestasi.”

Lebih eksklusif dan sofistikated dengan Nightfall Edition

AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu tampil lebih menyerlah menerusi AMG Exterior Night Package yang dipertingkatkan dengan AMG Night Package Exterior II. Kemasan Dark Chrome diterapkan pada beberapa elemen utama luaran termasuk jalur radiator trim, emblem model pada bahagian sisi dan belakang, serta logo bintang belakang, sekali gus menjadikan model ini lebih eksklusif dan memikat perhatian. Ia turut dilengkapkan dengan penutup tangki minyak AMG dalam kemasan silver chrome bersama tulisan “AMG” dan aksen hitam yang memberikan sentuhan premium tersendiri.

Satu lagi keistimewaan utama edisi khas ini ialah AMG Real Performance Sound yang meningkatkan hubungan emosi antara pemandu dan kenderaan. Sistem ini menghasilkan pengalaman bunyi yang lebih mendalam di dalam kabin dengan pilihan karakter bunyi daripada sporty dan halus (BALANCED) hingga sporty dan lebih agresif (POWERFUL). Pemandu juga boleh mengubah karakter bunyi enjin turbo hanya melalui satu sentuhan butang atau menerusi skrin sentuh.

Menawan dalam setiap perincian

AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu dikuasakan enjin AMG 2.0-liter empat silinder yang menggabungkan prestasi tinggi bersama kecekapan luar biasa. Selari dengan tradisi AMG, enjin ini dibangunkan dan dipasang dengan teliti di Affalterbach mengikut prinsip ‘One Man, One Engine’.

Model ini menghasilkan kuasa maksimum 310 kW (421 hp) pada 6,750 rpm dan tork maksimum 500 Nm pada 5,000 rpm, selain menerima tambahan kuasa 10 kW (14 hp) daripada belt-driven starter generator (RSG) apabila diperlukan. Sistem RSG generasi kedua ini berfungsi sebagai mild hybrid yang menyokong fungsi coasting dan pemulihan tenaga bagi memaksimumkan kecekapan. Teknologi 48-volt yang digunakan turut meningkatkan keselesaan dengan peralihan yang hampir lancar antara fungsi start-stop dan coasting.

AMG GLC Coupé Nightfall Edition mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.5 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 250 km/j, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan namun tetap sofistikated. Dinamik pemanduan turut dipertingkatkan menerusi sistem stereng gandar belakang sehingga 2.5°, yang membantu meningkatkan kelincahan, kestabilan dan kemudahan pengendalian dalam pelbagai situasi pemanduan.

Penampilan lebih yakin diserlahkan menerusi badan lebih lebar dan rim AMG Y-spoke light-alloy 21 inci yang dipadankan bersama angkup brek berwarna perak. Lampu hadapan DIGITAL LIGHT turut meningkatkan pengalaman pemanduan dengan pencahayaan yang sentiasa menyesuaikan diri mengikut keadaan jalan dan trafik untuk tahap penglihatan lebih baik.

Di ruang kabin, model ini menampilkan tempat duduk sport AMG dengan kemasan kulit ARTICO, elemen kemasan AMG carbon-fibre serta stereng AMG Performance dalam balutan kulit nappa. Sistem infotainmen MBUX turut dilengkapi paparan dan fungsi khusus AMG, selain sistem audio Burmester® 3D surround sound untuk pengalaman audio premium di dalam kabin.

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition baharu yang dipasarkan secara tempatan ditawarkan pada harga RM518,888 bagi Semenanjung Malaysia. Harga yang dinyatakan adalah atas jalan tanpa insurans. Untuk maklumat lanjut, layari Mercedes-Benz Malaysia.

Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition baharu dengan Agility+ by Mercedes-Benz

Pelan Agility+ direka untuk memenuhi keperluan pemanduan pelanggan dengan pelbagai manfaat eksklusif seperti bayaran bulanan lebih rendah, pilihan fleksibel pada akhir tempoh pembiayaan, program MobilityPlus* serta jaminan nilai masa hadapan kenderaan anda.

Pelan ini sesuai untuk individu yang mencari gabungan prestasi, nilai dan ketenangan fikiran ketika memiliki sebuah Mercedes-AMG. Agility+ ditawarkan bermula RM6,688 sebulan bagi Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition baharu. Untuk maklumat lanjut, layari Agility+ by Mercedes-Benz atau hubungi Eksekutif Kewangan dan Insurans di Autohaus Mercedes-Benz terdekat.

  • Kenderaan gantian Mercedes-Benz disediakan sementara kenderaan pelanggan menjalani servis, penyelenggaraan atau pembaikan di bawah waranti selama 48 jam atau lebih. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ulang Tahun Mercedes-Benz “140 Years of Innovation”

Sejak Carl Benz memfailkan paten kereta pertama dunia 140 tahun lalu dan Gottlieb Daimler membangunkan kereta bermotor tidak lama selepas itu, Mercedes-Benz terus komited dalam mencipta inovasi serta menghasilkan kenderaan paling diingini pelanggan di seluruh dunia. Aspirasi ini mendorong setiap inovasi syarikat, daripada kereta pertama dunia pada tahun 1886 hinggalah kepada kenderaan elektrik pintar dan selamat masa kini seperti GLC serba baharu serta CLA serba baharu yang memenangi pelbagai anugerah. Dengan pelancaran S-Class baharu, syarikat meneruskan program pelancaran produk terbesar dalam sejarahnya. Berbekalkan semangat prestasi, inovasi dan komitmen tinggi terhadap pelanggan, Mercedes-Benz terus membentuk masa depan mobiliti global.

Bersempena ulang tahun ke-140 inovasi, Mercedes-Benz turut mengadakan perjalanan rentas benua menggunakan tiga model S-Class baharu ke 140 lokasi di seluruh dunia. Setiap destinasi melambangkan teknologi, warisan, semangat inovasi dan kehadiran global jenama ini. Orang ramai, pelanggan serta peminat Mercedes-Benz turut berpeluang menyertai sambutan ini menerusi pengembaraan yang berlangsung sehingga Oktober. Ikuti perjalanan “140 Years. 140 Places” menerusi Mercedes-Benz Media dan komuniti Mercedes-Benz.