Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di Suria KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

Athirah
Galeri PETRONAS
Kredit: myzamrimohamad

Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di Suria KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

Galeri PETRONAS akan menamatkan operasinya di Tingkat 3, Suria KLCC selepas menjadi salah satu ruang seni utama di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran myzamrimohamad di Threads, orang ramai yang masih berminat untuk mengunjungi galeri tersebut masih berpeluang melihat pelbagai pameran seni yang sedang berlangsung, termasuk karya lukisan oleh Datuk M. Nasir serta beberapa artis terpilih lain.

Selain menghargai karya visual, pengunjung juga dapat merasai perjalanan seni yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah Galeri PETRONAS sejak ia bermula di Dayabumi, sebelum berpindah ke KLCC.

Selepas penutupan ini, Galeri PETRONAS dijadualkan akan meneruskan operasinya di lokasi baharu yang dikenali sebagai Ombak KLCC, menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan seni visual tempatan.

Sumber:Threads