Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gaji Bulan Ni Untuk Guna Sampai Raya, “Struggle” Tapi Kalau Kena Cara Boleh Untung

Gaji Bulan Ni Untuk Guna Sampai Raya, “Struggle” Tapi Kalau Kena Cara Boleh Untung

Raya datang tengah bulan atau seminggu sebelum tarikh gaji, adalah situasi yang buatkan ramai, termasuk anda berada dalam dilema tak berpenghujung, kan?

Dalam tempoh ini, struggle yang ramai daripada kita sedang tempuh hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sakit kepala itu sudah tentu, setiap hari memikirkan cara bagaimana nak memastikan semua kelengkapan, bermula dari baju raya, kuih-muih hinggalah barang dapur cukup.

Bagi yang sudah berkeluarga, tanggungjawab yang perlu dipukul sudah tentu lebih berat dan memerlukan belanja yang lebih besar.

Jadi tak hairanlah, ramai yang takut-takut untuk berbelanja dalam tempoh ini kerana risau duit terlebih keluar hingga poket kering tanpa sedar.

Mana boleh sambut hari raya dalam keadaan pokai, mana nak letak muka nanti, kan?

Bijak berbelanja silap-silap dapat untung tak disangka-sangka

Sebenarnya, keluar berbelanja membeli barang boleh memberikan ‘keuntungan’ tak disangka-sangka, jika kena dengan caranya.

Dengan teknik yang betul, seperti yang akan kami kongsikan di bawah, anda mungkin tidak perlu risau nak berbelanja buat persiapan raya tahun ini.

Caranya adalah semua persiapan raya hendaklah dibeli dengan bijak, terutamanya:

  • Mencari jenama atau pasaraya yang menyediakan promosi istimewa.

  • Barangan yang ada potongan harga luar biasa.

  • Ada tawaran-tawaran lain seperti ganjaran khas yang menguntungkan kita.

Paling min rasa sesuai buat masa sekarang dengan semua kriteria di atas adalah kempen yang sedang dianjurkan oleh Pasaraya MYDIN ketika ini.

Bukan apa, MYDIN ketika ini sedang menjalankan kempen Ramadan Raya 2026 iaitu MYDIN MEGAAA Balik Kampung yang 100% memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelanggan.

Nak lagi untung apabila anda berbelanja di MYDIN menggunakan aplikasi Boost ewallet bermula 8 Februari hingga 30 April ini.

Bukan setakat jimat, tetapi anda siap boleh menikmati diskaun istimewa sebanyak RM5 dari MYDIN dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100 di pasaraya tersebut.

Eh, macam mana nak dapat diskaun tu? Mudah sahaja, ikut langkah-langkah yang min terangkan di bawah.

  1. Imbas kod QR pada bunting yang disediakan di Pasaraya MYDIN untuk menikmati diskaun RM5 secara automatik di dalam aplikasi Boost ewallet, atau

  2. Isi “MYDINRM5” pada bahagian penebusan kod dalam aplikasi Boost ewallet.

  3. Belanja minimum RM100 di MYDIN untuk membolehkan diskaun berkenaan boleh dipakai.

Baucar bernilai RM222,222 sedia untuk dimenangi

Selain itu, anda juga boleh menyertai satu lagi kempen iaitu Beraya Bersama MYDIN x DuitNow QR.

Siapa tahu, anda adalah insan bertuah yang memenangi sebahagian daripada baucar yang bernilai keseluruhan RM222,222 menerusi kempen ini, kan?

Caranya mudah sangat-sangat, memang rugi betul kalau anda terlepas peluang ini. Cuma perlu berbelanja lebih RM100 dalam satu resit untuk melayakkan anda memenangi baucar tersebut.

Istimewa untuk Ahli Meriah, anda perlu berbelanja minimum RM100 dengan DuitNow QR dan imbas Kad Meriah. Selepas membuat imbasan, anda akan menerima baucar bernilai RM10 pada bawah resit untuk pembelian seterusnya.

Bagi pelanggan Bukan Ahli Meriah pula, anda perlu berbelanja minimum RM100 dan buat pembayaran menggunakan DuitNow QR.

Anda kemudian akan menerima baucar bernilai RM5 yang tertera pada bahagian bawah resit dan boleh digunakan untuk pembelian seterusnya.

Pelbagai kempen yang menguntungkan pelanggan MYDIN

Selain itu, MYDIN turut menganjurkan kempen MYDIN Prihatin dimana anda boleh menderma apabila membeli produk-produk daripada jenama tertentu di MYDIN.

Sepanjang Ramadan ini juga, MYDIN ada menganjurkan Bazar Ramadan & Menu RAHMAH yang menawarkan lebih 100 juadah di 26 pasaraya MYDIN di seluruh negara.

Di samping itu, MYDIN turut menjalankan kempen istimewa dimana anda boleh menyumbangkan SARA RM100 anda dengan membeli Kotak SARA RAHMAH 2.0 di mana-mana cawangan MYDIN atau Lori MYDIN.

Terdapat tiga pilihan kombo barang keperluan yang bernilai RM100 setiap satu. Anda boleh membawa pulang kombo ini selepas pembelian atau diserahkan kepada MYDIN untuk disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja di MYDIN setiap hari, okay!

Banyak kempen dan peraduan yang dianjurkan oleh MYDIN dari semasa ke semasa yang pastinya menguntungkan anda sebagai pelanggan. Jimat berbelanja dan dapat ganjaran.

Kalau tak mahu terlepas info kempen-kempen dan peraduan-peraduan ini, boleh layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok MYDIN.