Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gajah Liar Tumbangkan Pengecas EV Selepas Anak Tersangkut Kabel

PENGECAS
Tangkap layar video Tiktok

Sekumpulan gajah liar mencuri perhatian selepas memasuki sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Pu'er, wilayah Yunnan, China, sebelum seekor gajah dewasa dilihat menumbangkan unit pengecas.

Menurut laporan The Herald Business, kejadian berlaku pada Khamis apabila sekumpulan gajah liar memasuki kawasan stesen berkenaan.

Seekor anak gajah dilaporkan tersangkut pada kabel pengecas sehingga menyebabkan kakinya terjerut. Anak gajah itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri sebelum seekor gajah dewasa bergerak ke arah peralatan pengecasan.

Gajah dewasa berkenaan kemudian menggunakan belalainya untuk menolak sebuah unit pengecas sehingga tumbang ke tanah.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan penduduk bahawa gajah berkenaan cuba melindungi anaknya selepas melihat ia tersangkut pada kabel.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan bahawa tiada pengesahan sama ada gajah dewasa berkenaan benar-benar menumbangkan pengecas bagi membantu anaknya.

Kumpulan gajah berkenaan dilaporkan berada di stesen tersebut selama kira-kira 30 minit sebelum beredar.

Kejadian itu turut menyebabkan beberapa kabel pengecas mengalami kerosakan, dengan pengendali stesen menganggarkan kos pembaikan sekitar 20,000 yuan (kira-kira RM12,000).

Intipati
  • Sekumpulan gajah liar memasuki stesen pengecas EV di Pu’er, Yunnan, China.
  • Seekor anak gajah dilaporkan tersangkut pada kabel sebelum berjaya melepaskan diri.
  • Beberapa kabel rosak, dengan kos pembaikan dianggarkan sekitar 20,000 yuan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan