Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gadis Cipta Rekod, “Call” Teman Lelaki Untuk ‘Bergayut’ Selama 200 Jam, Hanya Borak-borak Biasa & Bf Tak Bosan Melayan

Gambar: Tribun News

Kisah seorang gadis bernama Cia Fei (17) dan teman lelakinya, Andrew Ken (18) yang berkomunikasi melalui telefon selama lebih dari 200 jam, telah tular di media sosial.

Gadis yang lebih mesra disapa sebagai Ciafei itu mengakui bahawa dia terkejut dan tidak menyangka bahawa kisahnya akan menjadi tular.

Ianya kerana, dia hanya mengikuti trend rekod menelefon teman lelaki paling lama sahaja selepas trend tersebut disyorkan oleh seorang rakannya.

“Saya terkejut kerana saya tidak menyangka bahawa ia akan menjadi tular.”

“Saya juga memuat naiknya kerana rakan saya memberikan saya idea untuk memuat naiknya,” kata Ciafei.

Ciafei menjelaskan bahawa dia adalah pelajar sekolah menengah dan boleh menelefon selama 200 jam.

Sementara itu, kekasihnya telah menamatkan persekolahan di Jepun dan juga mempunyai pekerjaan sambilan.

Dia dilaporkan telah menelefon kekasihnya itu menggunakan aplikasi Line Call di komputer ribanya.

Atas sebab itu, dia bukan menelefon sahaja, dia juga tetap melakukan aktiviti yang lain seperti biasa.

“Kami tidak hanya duduk di depan komputer riba sahaja setiap masa untuk berbual, aktiviti harian yang lain tetap dilakukan.”

“Sekiranya salah seorang dari kami sibuk belajar atau bekerja, kami akan melakukan aktiviti kami sendiri.”

“Kalau mandi, komputer riba akan ditinggalkan dalam bilik dan jika tidur, komputer riba diletakkan di sebelah katil,” jelas Ciafei.

Selama lebih dari lapan hari menelefon, Ciafei menyatakan bahawa dia biasanya berborak berkenaan pelbagai topik dengan Andrew dan tidak merasa bosan.

“Sebenarnya, apa yang kami bicarakan adalah rawak, kami hanya berborak seperti biasa, bukan berborak sepenuhnya dalam 200 jam tu.”

“Buat aktiviti harian macam biasa juga, kalau dua-dua ada masa baru berborak,” katanya.

Ciafei mengakui bahawa dia sering menelefon kekasihnya itu selama berjam-jam.

Kemudian, pada awal Februari 2021, mereka dengan sengaja ingin mencuba untuk menelefon dengan durasi yang lebih lama.

Malah, mereka juga tidak mempercayainya ketika mereka berjaya membuat panggilan lebih dari 200 jam.

“Sebelum ini, kalau telefon pun boleh capai berjam-jam je, tapi tak pernah sampai puluhan jam kerana kami bercinta jarak jauh.”

“Jadi kami sebenarnya saja je nak pecahkan rekod panggilan kami paling lama, juga cuba untuk memecah rekod dari Google.”

“Pada mulanya kami sasar 150 jam, tetapi kerana sayang untuk mematikannya, tu yang jadi sampai 203 jam,” kata Ciafei.

Dia dan kekasihnya juga mengakui bahawa mereka tidak berhenti membuat panggilan dengan jangka masa yang sangat lama.

Namun, mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu melakukannya lagi, jadi rekod panggilan 200 jam menjadi rekod terakhir bagi mereka.

Sumber: Tribun News