Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Filem Konspirasi Masih Ditayangkan Di Singapura & Negara Lain

Sofea
Filem Konspirasi
Kredit: Elepfilm Entertainment

Filem Konspirasi Masih Ditayangkan Di Singapura & Negara Lain

Filem aksi-thriller terbitan Elepfilm Entertainment, Konspirasi telah ditamatkan tayangannya di seluruh rangkaian pawagam Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, Elepfilm Entertainment berkata penamatan tayangan itu berkuat kuasa pada 28 Mei lalu.

"Keputusan ini terpaksa diambil berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan," katanya di Instagram.

Bagaimanapun, tayangan filem itu di seluruh pawagam Singapura dan negara lain tidak terjejas, serta masih berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan penamatan filem berkenaan adalah atas permintaan penerbit filem berkenaan sendiri.

"Berdasarkan emel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd., telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

"Semakan FINAS dengan pengedar dan pemamer filem mendapati, penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak.

"FINAS mengesahkan bahawa filem Konspirasi telah memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum diberikan kelulusan di bawah Skim Wajib Tayang pada 14 Mei 2026," katanya.

Filem itu mula ditayangkan pada 21 Mei di 120 skrin pawagam seluruh negara.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Adi Putra, Alicia Amin, Hisyam Hamid, Shiqin Kamal dan Sarimah Ibrahim.

Sumber:Instagram