Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Feri Pulau Pinang Percuma Pada Hari Deepavali

FERI
Kredit: Jomjalan

GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia bersempena dengan perayaan Deepavali, 8 Nov ini.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata inisiatif itu, melibatkan perjalanan dari kedua-dua terminal feri iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town.

“Perkhidmatan percuma ini akan beroperasi mengikut jadual feri terkini dan orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, bagi memastikan kelancaran perjalanan serta merujuk jadual feri terkini menerusi laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata inisiatif itu, mencerminkan komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan pergerakan rakyat, khususnya ketika musim perayaan, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Berdasarkan statistik perkhidmatan feri yang melibatkan perjalanan dua hala bersempena dengan sambutan Deepavali tahun lepas, Yeoh memaklumkan 7,780 penumpang pejalan kaki dan 1,518 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri itu.

“Perkhidmatan feri Pulau Pinang tahun ini turut mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi tempoh Januari hingga September lepas, dengan jumlah pengguna telah meningkat 5.61 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2025,” katanya.

-- BERNAMA

Intipati
  • SPPP dan Penang Port menawarkan feri percuma kepada warganegara Malaysia pada 8 Nov.
  • Perkhidmatan melibatkan perjalanan dari PSAH Butterworth dan PRTU George Town mengikut jadual terkini.
  • Tahun lalu, 7,780 pejalan kaki dan 1,518 kenderaan dua roda menggunakan feri Deepavali.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan