Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Beranak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Khemah Glamping
Siapa sangka kegembiraan 4 sekeluarga berakhir dengan tragis apabila ditemui meninggal dunia di dalam khemah glamping di wilayah Kledung, Kabupaten Temanggung, lapor Detik.com.
Memetik laporan detikJateng, keempat-empat mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Mangsa terdiri dalam kalangan umur 17 hingga 52 tahun. Kesemua mereka merupakan penduduk Desa Panjang, Kecamatan Ambarawa, Kabupaten Semarang.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Temanggung,Iptu I Komang Mahendra Deputra.
"Pada hari ini, kami dari Sat Reskrim Polres Temanggung telah menjalankan pemeriksaan TKP berkaitan penemuan empat individu yang meninggal dunia.
"Mereka adalah satu keluarga yang sedang bercuti di salah satu pusat pelancongan di Kabupaten Temanggung," katanya.
Siasatan awal mendapati keluarga berkenaan tiba di lokasi tersebut pada hari Selasa sekitar jam 10 malam waktu tempatan untuk berkhemah.
Kejadian disedari oleh petugas kebersihan yang ingin membersihkan kawasan perkhemahan berkenaan.
"Mereka menginap untuk aktiviti perkhemahan. Pada keesokan harinya, Rabu sekitar jam 11:45 pagi, petugas di lokasi tersebut telah memaklumkan kepada mangsa untuk mendaftar keluar (check out) kerana kerja-kerja pembersihan kawasan akan dijalankan.
"Disebabkan tiada sebarang maklum balas daripada mangsa, pada jam 3:00 petang, petugas kembali ke sana dan membuka pintu tempat perkhemahan tersebut.
"Selepas pintu dibuka, keempat-empat mangsa ditemui sudah kaku (meninggal dunia) di lokasi kejadian," katanya.
Tambah Mahendra, beliau mengesyaki punca kematian dipercayai akibat keracunan gas selepas menemui botol gas dan peralatan untuk memasak.
"Kemungkinan ada dua sebab, Gas portable ketika BBQ. Selesai BBQ terus tidur dan tutup khemah.
"Khemah glamping adalah jenis tertutup menyebabkan aliran udara tidak berlaku maksimum, menyebabkan gas terperangkap dalam khemah.
"Kematian ini seperti keracunan gas CO2. Tak muntak, rasa sesak nafas, mengantuk dan tiba-tiba tidak sedarkan diri," katanya.
Kesemua mayat telah dihantar ke hopsital untuk proses lanjut.