Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Syafiq Kyle Meninggal Dunia

Ibu Syafiq Kyle Meninggal
Kredit: Syafiq Kyle

Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle, Rohaya Sulaiman telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.

Berita duka itu disahkan oleh Mimi Lana menerusi hantaran di Threads.

Ibu Syafiq Kyle Meninggal Dunia

“Al-Fatihah.. Minta doakan ibu mertua saya yang baru kembali Ke Rahmatullah pagi ini,” ujarnya.

Pemergian itu turut dimaklumkan oleh adik Syafiq yang juga seorang pelakon, Syazwan Razak di Instagram Story miliknya.

“Ibu dah tak ada, minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu tercinta saya, maafkan beliau jika ada salah dan silap,” katanya.

Terdahulu, Syazwan memuat naik video yang memaparkannya sedang menjaga ibunya di hospital sambil meminta orang ramai mendoakan kesembuhan.

“Doakan ibu saya cepat sihat,” tulisnya.

Salam takziah untuk seluruh keluarga, semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber:Threads
Intipati
  • Rohaya Sulaiman, ibu kepada pelakon Syafiq Kyle, meninggal dunia pada pagi Sabtu.
  • Mimi Lana mengesahkan berita duka itu menerusi hantaran ringkas di platform Threads.
  • Syazwan Razak turut memaklumkan pemergian ibunya dan meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan