Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Anggota PPM Cedera, Bot Peronda Meletup

Gambar sekadar hiasan - Bernama

TAWAU, 30 Sept (Bernama) — Empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau melecur selepas bot peronda dinaiki meletup berhampiran Pangkalan PPM, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Ariffin yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu berlaku pada 7.35 pagi tadi.

“Siasatan masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata tiga anggota yang terlibat melecur ditahap sembilan peratus manakala seorang lagi 12 peratus.

“Mereka menerima rawatan di Hospital Tawau,” katanya.

Bernama difahamkan bot peronda itu meletup selepas tiga minit bergerak keluar dari Pangkalan PPM.

— BERNAMA