Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PROTON meneruskan perjalanan PROTON 10,000 sMILEs Expedition di Sabah menerusi sebuah pengembaraan yang menghubungkan rakyat, destinasi dan produk melalui pengalaman pemanduan sebenar di atas jalan raya. Bermula dari kesibukan bandar Kota Kinabalu hingga ke laluan tanah tinggi Kundasang, ekspedisi ini menghimpunkan elemen budaya tempatan, sumbangan komuniti, inisiatif kelestarian serta pengesahan prestasi kenderaan dalam keadaan pemanduan sebenar yang dekat dengan kehidupan harian pengguna di Sabah.
Diadakan sempena Visit Malaysia 2026, perjalanan di Sabah ini mencerminkan aspirasi kempen untuk mengumpul senyuman sambil memperkukuh hubungan PROTON bersama komuniti di Malaysia Timur. Lebih daripada sekadar konvoi, ekspedisi ini menjadi platform bergerak untuk memperlihatkan bagaimana Proton Saga, Proton X50 dan Proton S70 memenuhi pelbagai gaya hidup pengguna, daripada pemanduan harian di bandar dan kepraktisan keluarga, kepada bantuan parkir pintar, keselesaan perjalanan jarak jauh serta prestasi meyakinkan di laluan berbukit dan tanah tinggi.

Daripada jalan raya sibuk di Kota Kinabalu hingga ke selekoh berliku dan pendakian menuju Kundasang, pusingan Sabah bagi ekspedisi ini menyediakan platform sebenar untuk PROTON memperlihatkan bagaimana Proton Saga, Proton X50 dan Proton S70 menawarkan keyakinan pemanduan merentasi pelbagai persekitaran jalan raya dan keperluan gaya hidup pengguna.
Di Kota Kinabalu yang sedang meriah dengan suasana sambutan Kaamatan, persekitaran bandar memberikan peluang kepada PROTON untuk mengetengahkan ciri-ciri yang penting dalam pemilikan harian seperti kemudahan, praktikaliti, keterhubungan dan keyakinan ketika parkir. Proton Saga, Sedan Ikonik Malaysia, terus membuktikan daya tarikannya menerusi gabungan praktikaliti seperti ruang but seluas 420L, sokongan Wireless Apple CarPlay® dan Android Auto™, kamera undur serta sensor parkir. Dipadankan dengan enjin i-GT 1.5L bersama transmisi CVT, Saga menawarkan keselesaan pemanduan yang diyakini serta kecekapan bahan api untuk keluarga dan pembeli kereta pertama.
Sebagai Raja SUV Malaysia, Proton X50 terus menyerlahkan karakter SUV pintar menerusi pelbagai ciri bantuan pintar termasuk 360° HD Camera with 180° Transparent View, Auto Park Assist, 12 sensor parkir serta arahan suara. Dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 turbo empat silinder, dipadankan dengan mod pemanduan adaptif dan Hill Descent Control, X50 memperlihatkan prestasi meyakinkan merentasi laluan bandar yang sibuk serta perubahan bentuk muka bumi di Sabah.
Apabila konvoi meneruskan perjalanan ke Kundasang, laluan mendaki dan selekoh berbukit menjadi medan terbaik untuk menyerlahkan keupayaan prestasi sebenar di luar persekitaran bandar. Proton S70, Sedan Sportif Malaysia, membuktikan karakter “city to cloud” menerusi enjin i-GT 1.5 turbo empat silinder bersama transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT), dilengkapi ciri seperti Intelligent Cruise Control, Lane Departure Warning serta talaan PROTON Ride & Handling, bagi memastikan pengalaman pemanduan yang lancar, responsif dan selesa di laluan tanah tinggi.
Secara keseluruhan, Proton Saga, Proton X50 dan Proton S70 membuktikan bagaimana praktikaliti penggunaan harian, teknologi pintar dan prestasi yang diyakini mampu memenuhi keperluan mobiliti sebenar pengguna di Sabah.

Selain memperlihatkan keupayaan produk di jalan raya Sabah, ekspedisi ini turut mengetengahkan komitmen berterusan PROTON dalam menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih pantas dan lebih baik menerusi rangkaian selepas jualannya.
Di Fook Loi Corporation, salah satu rakan pusat jualan dan servis PROTON di Sabah, konvoi telah menjalankan Fast Service 10-Point Service Check, sekali gus memperlihatkan bagaimana pengalaman selepas jualan yang lebih cepat dan mudah dapat meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan mereka. Disokong oleh rangkaian 12 pusat servis PROTON di Sabah, pelanggan turut mendapat manfaat daripada sokongan Regional Part Centre (RPC) di Inanam yang membantu mempercepatkan ketersediaan alat ganti dan kecekapan servis selepas jualan.
Sepanjang lawatan tersebut, peserta ekspedisi turut berpeluang menyaksikan sendiri tahap profesionalisme, kepakaran teknikal dan layanan mesra penasihat servis PROTON, yang menerima maklum balas positif daripada peserta konvoi.
Aktiviti ini mencerminkan komitmen “Faster and Better” PROTON dalam memastikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan meyakinkan. Dengan membawa penglibatan selepas jualan secara langsung ke dalam ekspedisi, PROTON mengukuhkan mesej bahawa keyakinan pelanggan melangkaui pengalaman pemanduan semata-mata yang merangkumi setiap aspek pemilikan daripada pembelian sehingga penyelenggaraan jangka panjang.
Selain pengalaman produk, ekspedisi ini turut membawa misi komuniti yang bermakna apabila PROTON mengunjungi Sabah Cheshire Home and Services dengan menyumbangkan barangan keperluan asas, makanan serta kelengkapan penjagaan, selain sumbangan tunai sebanyak RM10,000 bagi menyokong operasi harian pusat tersebut.
Inisiatif ini mencerminkan hasrat kempen untuk mencipta senyuman bukan sahaja melalui penglibatan bersama orang ramai, tetapi juga menerusi sokongan tulus kepada komuniti yang memainkan peranan penting dalam landskap sosial Sabah. Ia turut memperkukuhkan mesej bahawa mobiliti bukan sekadar tentang sampai ke destinasi, tetapi juga mengenai hubungan yang dibina sepanjang perjalanan.

Di Taman Kinabalu, PROTON turut memperkukuhkan komitmen terhadap kelestarian menerusi kerjasama bersama Sabah Parks, sebagai sebahagian daripada usaha bersama dalam menyokong perlindungan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti dan inisiatif kelestarian di Sabah.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama ke arah usaha kelestarian yang lebih bermakna pada masa hadapan, sekali gus memperlihatkan bagaimana PROTON 10,000 sMILEs Expedition melangkaui aspek mobiliti untuk membawa impak positif kepada komuniti dan destinasi yang dilaluinya.
Daripada memperlihatkan keyakinan prestasi kenderaan di jalan raya Sabah kepada sumbangan terhadap komuniti dan alam sekitar, ekspedisi ini membuktikan bagaimana kempen 10,000 sMILEs melangkaui konsep acara pemanduan konvensional.
“Ekspedisi ini membolehkan PROTON merasai pengalaman Sabah dengan lebih bermakna melalui rakyatnya, komunitinya, budayanya dan juga jalan rayanya,” kata Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. “Dari Kota Kinabalu hingga ke Kundasang, kami berpeluang memperlihatkan bagaimana kenderaan kami berprestasi dalam keadaan pemanduan sebenar sambil menyumbang kepada Sabah Cheshire Home serta memperkukuhkan kerjasama berkaitan usaha kelestarian di Taman Kinabalu. Inilah makna sebenar PROTON 10,000 sMILEs Expedition menghubungkan produk dengan rakyat, dan mobiliti dengan tujuan yang lebih bermakna.”
PROTON 10,000 sMILEs Expedition akan diteruskan ke Brunei dan Sarawak, merangkumi aktiviti bersama pusat jualan, pengalaman budaya tempatan, program komuniti, kandungan media sosial dan demonstrasi produk dalam keadaan sebenar sepanjang perjalanan. Orang ramai boleh mengikuti PROTON Cars Official di semua platform media sosial utama untuk mendapatkan perkembangan terkini konvoi dan aktiviti awam yang akan datang.