Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ECO-SHOP Dan Visa Bawa Rakyat Ke Final FIFA 2026™

ECO

ECO-SHOP Dan Visa Bawa Rakyat Ke Final FIFA 2026™

Bagi jutaan rakyat Malaysia yang selama ini hanya mampu bermimpi untuk berada di stadium Piala Dunia, Eco-Shop kini merealisasikan impian itu.

Dengan kerjasama Visa, peruncit tempatan yang berteraskan nilai kini telah melancarkan kempen Kita Punya Impian, yang berlangsung dari sekarang hingga 26 April 2026, di mana setiap pembelian harian memberi peluang untuk anda menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026™ secara langsung di Amerika Syarikat.

Kemuncak kempen ini adalah hadiah utama yang tidak ternilai iaitu perjalanan tajaan penuh ke Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026™, di mana seorang pemenang bertuah akan merasai kehangatan stadium yang bergema dengan sorakan ribuan penyokong, sambil menyaksikan sejarah bola sepak tercipta secara langsung.

Turut ditawarkan ialah barangan eksklusif Piala Dunia FIFA 2026™ serta baucar tunai Eco-Shop, membolehkan keterujaan kempen ini turut dirasai oleh peminat di seluruh negara.

Selama beberapa generasi, bola sepak telah menjadi bahasa sejagat yang menyatukan semangat, kebanggaan dan rasa kekitaan dalam kalangan masyarakat. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata bahawa Kita Punya Impian mencerminkan impian yang telah lama berakar dalam jiwa rakyat Malaysia.

“Piala Dunia FIFA 2026™ bukan sekadar perlawanan, ia adalah perayaan global yang menyatukan manusia melalui semangat, minat dan detik yang sukar dilupakan,” kata Jessica Ng.

“Menerusi kempen ini, kami ingin membuka peluang kepada pelanggan kami untuk merasai sendiri pengalaman yang paling berharga. Bayangkan pembelian harian anda bertukar menjadi tiket ke Perlawanan Akhir, pasti menjadi satu kenangan yang akan terus hidup dalam ingatan, jauh selepas wisel penamat dibunyikan.”

Ahli Eco-Shop layak menerima satu penyertaan bagi setiap perbelanjaan minimum RM45 dalam satu resit menggunakan kad Visa di mana-mana cawangan Eco-Shop. Setiap pembelian tambahan yang memenuhi syarat akan meningkatkan peluang untuk menang.

Semua penyertaan akan direkodkan secara automatik apabila ahli mendaftar melalui aplikasi Eco-Shop (tersedia di App Store dan Google Play Store) dan mengemukakan kod QR dalam aplikasi semasa pembayaran sepanjang tempoh kempen.

Menjelang detik menuju Piala Dunia FIFA 2026™, Eco-Shop menjemput rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh daripada sekadar bersorak di ruang tamu. Inilah peluang untuk berada di tengah-tengah aksi, merasai sendiri kehangatan suasana, menghayati setiap detik yang berlangsung, dan menyaksikan sejarah tercipta di depan mata.

Untuk maklumat terkini mengenai kempen Kita Punya Impian, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia), dan XHS (eco-shop MY).