Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Wanita Maut Digilis Kereta Api Ketika Lintas Landasan

Athirah
Wanita Maut
Kredit: @manas_muduli

Dua Wanita Maut Digilis Kereta Api Ketika Lintas Landasan

Dua wanita dilapor maut selepas digilis kereta api ketika melintas landasan di sebuah stesen di Bihar, India, lapor portal berita Must Share News.

Difahamkan, insiden itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan) di Stesen Kereta Api Bakhtiyarpur.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial memaparkan kedua-dua wanita berkenaan melintas landasan sambil membawa barangan sebelum cuba naik ke platform.

Beberapa individu dilihat cuba menarik mereka ke atas platform, manakala penumpang lain menjerit memberi amaran selepas menyedari sebuah kereta api sedang bergerak laju menghampiri kawasan tersebut.

Menurut laporan tempatan, mangsa berusia 62 tahun itu berada di stesen berkenaan bagi menghantar anaknya, 45, pulang ke rumah.

Anggota Pasukan Perlindungan Kereta Api (RPF) bersama Polis Kereta Api Kerajaan (GRP) dilaporkan mengumpulkan cebisan mayat mangsa, sebelum perkhidmatan tren disambung semula kira-kira 30 minit kemudian.

Must Share News melaporkan pihak berkuasa turut menghantar mayat kedua-dua mangsa untuk proses bedah siasat.

Sumber:MS News