Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kereta Watak Utama Filem Senario Lagi

Azmil
DUA KERETA SENARIO LAGI

Dua Kereta Watak Utama Filem Senario Lagi

Tadi SK baru lepas menonton filem kumpulan lawak legenda negara iaitu Senario Lagi lakonan kumpulan Senario, Datin Sri Umie Aida dan Syanie Hisham.

SK boleh katakan filem Senario zaman dulu dah setanding dengan filem P.Ramlee sebab tak jemu tengok berulang kali.

Dua Kereta Watak Utama Senario Lagi

Tapi bukan pasal filem yang SK nak ceritakan. SK tertarik dengan dua buah kereta yang jadi watak utama filem ini.

Kereta milik Umie Aida atau watak Linda iaitu Mazda Lantis dan kereta milik Azlee iaitu kereta sedan kebanggaan negara, Proton Wira.

Tanpa dua kereta ini tak jadilah filem Senario Lagi ini kerana plot filem ini banyak babak kejar mengejar menggunakan kereta.

Proton Wira

Proton Wira antara sedan kebanggaan rakyat Malaysia hingga kini dan masih boleh dilihat meluncur megah di lebuh raya.

Proton Wira dilancarkan pada 1993 dan ia dijenamakan semula dari model Mitsubishi Lancer generasi keempat.

Model sedan kedua dari Proton ini datang dengan dua varian iaitu Sedan versi 4 pintu dan Aeroback versi 5 pintu.

Kenapa Wira Masih Gagah?

Salah satu sebabnya adalah alat ganti yang mudah didapati kerana ia berkongsi komponen dengan Mitsubishi.

Ramai juga yang ubah suai enjin dengan enjin Mitsubishi seperti enjin 4G63T yang dipakai oleh Mitsubishi Lancer Evo.

Mazda Lantis

Satu lagi kereta yang jadi watak utama adalah Mazda Lantis. Menariknya, Mazda Lantis juga dilancarkan pada tahun 1993.

Reka bentuk Mazda Lantis ada DNA Porsche kan? Ini kerana perekanya ialah Ginger Ostle yang pernah bekerja dengan Porsche.

Mazda Lantis menggunakan enjin 2.0L KF-ZE V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 160HP.

Ia juga datang dengan varian dengan enjin 4 silinder 1.6L (B6) dan 1.8L (BP) yang lebih jimst petrol.

Mazda memuatkan ciri mewah untuk Lantis iaitu pintu tanpa bingkai yang sering digunakan kereta-kereta sport continental.

Kenapa Jarang Nampak Sekarang?

Alat ganti badan dan aksesori dalaman kini agak sukar didapati berbanding kereta Jepun lain seperti Honda atau Toyota.

Ramai pemilik di Malaysia melakukan modifikasi dengan memasukkan enjin BPD (Mazda Familia GT-R) yang mempunyai turbo untuk kuasa yang lebih ekstrem.