Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Bandar Malaysia Antara 7 Bandar Dengan Kualiti Udara Paling Teruk Di Dunia

Dua Bandar Malaysia
Kredit: Bernama

Dua bandar di Malaysia tersenarai dalam tujuh bandar dengan kualiti udara paling teruk di dunia pada Selasa.

Menurut data di laman sesawang IQAir, Kuching, Sarawak menduduki tangga kedua dengan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) 169.

Manakala Kuala Lumpur pula berada di tempat ketujuh dengan bacaan AQI 152.

Dua bandar Malaysia tersenarai

Rekod setakat jam 1 petang itu menyaksikan Kuwait City berada di tempat pertama dengan bacaan AQI 175.

Selain itu, Kampala di Uganda berada di tempat ketiga (165), Jakarta di Indonesia di tempat keempat (160), Lahore di Pakistan di tempat kelima (158) dan Baghdad di Iraq di tempat keenam (157).

Kesemua bandar berkenaan mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat.

Senarai tersebut dikemas kini dari semasa ke semasa di laman sesawang berkenaan.

Intipati
  • Kuching menduduki tangga kedua dunia dengan IPU 169 setakat jam 1 petang Selasa.
  • Kuala Lumpur berada di tempat ketujuh dalam senarai IQ Air dengan IPU 152.
  • Bandar Kuwait mencatat bacaan tertinggi, manakala semua bandar tersenarai berada pada tahap tidak sihat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan