Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Drypers dan Vinda memperkenalkan Parent-preneurs: The Power Duo, sekali gus memperluaskan lagi platform berteraskan ibu bapa mereka dengan meluaskan sokongan jenama ke arah konteks kehidupan keluarga yang lebih menyeluruh.
Pada ketika keluarga moden semakin menitikberatkan kecekapan dan kualiti dalam kehidupan seharian, kedua-dua jenama bukan sahaja memberi tumpuan kepada penjagaan bayi, malah turut melihat keperluan pembersihan rumah, rentak rutin harian, serta peranan komuniti yang semakin penting dalam membentuk kehidupan berkeluarga.

Menerusi komuniti yang dipercayai, platform ini juga bertujuan membantu ibu bapa mengubah perkongsian dan penglibatan harian kepada peluang menjana pendapatan yang lebih praktikal.
Meneruskan inisiatif Power of Parent-preneurs yang memperkenalkan bimbingan laluan gabungan serta peningkatan kualiti produk Drypers pada tahun lalu, acara tahun ini mengorak langkah lebih jauh. Ia menyatukan Drypers dan Vinda di bawah satu teras utama iaitu “Comfort for Baby, Strong for Every Mess”.
Bukan sekadar pelancaran dwi-jenama, kolaborasi ini mencerminkan maklum balas yang lebih luas terhadap perubahan landskap keibubapaan masa kini, di mana penjagaan bayi, rutin rumah tangga, pengaruh cetusan pencipta kandungan, dan peluang menjana pendapatan praktikal kini saling berkait rapat.

Berlangsung di Pusat Persidangan dan Acara The Vertical Connexion di Bangsar South, acara sehari ini menghimpunkan kira-kira 700 rakan afiliasi, ibu bapa yang mencipta kandungan, dan keluarga. Para tetamu serta pihak media diberi peluang untuk melihat secara dekat Drypers Wee Wee Dry yang baharu dan dipertingkat, serta rangkaian Vinda Deluxe Kitchen.
Atur cara majlis turut diserikan dengan sesi rangkaian pencipta kandungan, aktiviti keluarga yang interaktif, persembahan khas oleh Aisha Retno, serta sesi perkongsian di pentas oleh Pakar Perunding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik, Dr. Mimi Wong.

“Di Vinda, matlamat kami adalah untuk memudahkan kehidupan seharian keluarga melalui kaedah yang bermakna. Tahun lalu, Drypers melancarkan Power of Parent-preneurs untuk menyokong ibu bapa melalui produk berkualiti serta panduan yang lebih jelas untuk mereka berkongsi pengalaman tentang produk yang dipercayai. Tahun ini, kami mengembangkan idea tersebut dengan menyatukan Drypers dan Vinda di bawah satu platform yang mencerminkan realiti kehidupan berkeluarga hari ini."

"Selain sokongan produk harian, kami ingin memberi peluang yang praktikal kepada ibu bapa untuk menjana pendapatan dengan menjadikan pengalaman dan testimoni sebenar kepada penyertaan bermakna dalam ekonomi pencipta kandungan serta ekonomi gabungan. Inilah teras yang menjadikan Parent-preneurs: The Power Duo amat bermakna,” kata Yapp Pau Ling, Ketua Pengurus untuk Vinda Malaysia.

Parent-preneurs: The Power Duo Parents mencerminkan peralihan besar dalam kehidupan berkeluarga masa kini. Ibu bapa bukan lagi sekadar membuat keputusan dalam rumah tangga, malah mereka kini mencorak perbualan, mempengaruhi cadangan pembelian dan membina komuniti yang dipercayai berdasarkan rutin serta pengalaman hidup sebenar.
Dengan menggabungkan pelancaran produk, peluang, dan penglibatan secara langsung dalam satu acara, platform ini direka agar bersifat praktikal, relevan, dan menepati keluarga di Malaysia yang sedang mengimbangi tuntutan serta kemungkinan dalam keibubapaan moden.

Teras kepada Parent-preneurs: The Power Duo adalah naratif produk yang dibentuk oleh dua realiti harian: ibu bapa mahukan penjagaan terbaik untuk bayi mereka, dan memerlukan penyelesaian praktikal bagi menguruskan kesibukan berkeluarga. Selain kemudahan dan prestasi, kedua-dua jenama ini berpegang teguh kepada kualiti dan jaminan keselamatan.
Produk dapur Vinda diperbuat daripada pulpa asli 100%, manakala produk Drypers menggunakan bahan selamat yang memenuhi piawaian keselamatan EU serta bebas daripada bahan berbahaya. Ini memberikan keyakinan tambahan kepada ibu bapa bahawa setiap produk dihasilkan menepati tanda aras kualiti dan keselamatan yang diiktiraf.
1. [Baharu & Dipertingkat] Drypers Wee Wee Dry
Getah pinggang fleksibel untuk padanan selesa dan lembut pada kulit bayi
Double Leakguard yang dipertingkatkan untuk perlindungan kebocoran maksima
Poo Pocket dengan perlindungan kebocoran tambahan untuk najis lembut bayi baru lahir dalam saiz yang terpilih
2. Tuala Dapur Basah Vinda Deluxe
Menanggalkan minyak & gris dengan efektif
Boleh dibilas sehingga 8 kali
Diuji secara dermatologi dan bebas alkohol
Lembut pada kulit dan sesuai untuk permukaan seperti keluli tahan karat
3. Tuala Dapur Vinda Deluxe Softpack
3 kali ganda daya serapan minyak
Dibuat daripada pulpa asli 100%
Tiada bahan kimia berbahaya tambahan seperti agen pencerah optik atau pendarfluor
Secara keseluruhan, inovasi produk ini mencerminkan matlamat yang lebih besar, iaitu memberikan sokongan praktikal yang membantu meringankan beban harian dan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa di rumah.