Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Doktor Kaji Penyakit Koronavirus Misteri Disahkan Dijangkiti Penyakit Yang Sama

Seorang ahli fizik China yang mengkaji berkenaan wabak virus misteri itu mengesahkan bahawa dirinya telah dijangkiti dengan virus tersebut.

Wang Guangfa, yang mengetuai Jabatan Perubatan Pulmonari di Beijing’s Peking University First Hospital, merupakan salah seorang pakar yang berkunjung ke Wuhan, dimana virus itu tercetus.

“Saya telah didiagnos dengan virus tersebut dan keadaan saya masih lagi stabil,” nyata Wang ketika dalam satu temu ramah yang dibuat stesen TV Kong pada Selasa.

Jumlah kematian akibat daripada coronavirus yang disebarkan melalui manusia ke manusia setakat ini telah mencecah kepada 6 orang, dengan jumlah pesakit yang dijangkiti dilaporkan meningkat sebanyak lebih daripada 300 kes. 15 orang pegawai kesihatan adalah antara yang dijangkiti.

Wang, yang merupakan salah seorang pakar yang mengkaji penyakit SARS pada 2003 menyatakan bahawa dia telah menerima rawatan dan bakal diberikan suntikan tidak lama lagi. Dia walau bagaimanapun tidak mengulas dengan lebih lanjut tentang bagaimana dia boleh dijangkiti dengan virus itu.

“Saya tidak mahu semua orang memberi banyak perhatian terhadap keadaan saya,” katanya.

Wang telah memaklumkan kepada media pada 10 Januari lalu bahawa wabak virus itu berada dalam kawalan. Pesakit yang dijangkiti pula hanya menunjukkan simptom kecil dan ada yang sudah pun dibenarkan keluar daripada hospital.

Sumber: Japan Times