Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Doakan,” Dari Parlimen Terus Ke Merdeka 118, Syed Saddiq Mohon Doa Menjelang Hari Pernikahan

Syed saddiq
Kredit: Instagram Syed Saddiq

Bakal melangkah ke alam perkahwinan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi perkembangan terbaharu menjelang hari bahagianya bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang dijadualkan berlangsung esok.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Syed Saddiq memaklumkan bahawa selepas menghadiri pembentangan Belanjawan di Parlimen, beliau terus menuju ke Menara Merdeka 118 bagi meneruskan persiapan menjelang majlis pernikahan mereka.

Perkongsian itu sekali gus memperlihatkan kesibukan bakal pengantin berkenaan yang sedang membuat persiapan akhir sebelum memulakan kehidupan sebagai suami isteri.

“Setelah segala yang dilalui, esok kami melangkah ke sebuah permulaan yang baharu,” tulisnya menerusi kapsyen berkenaan.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq turut menitipkan permintaan kepada orang ramai agar mendoakan kelancaran urusan mereka menjelang hari bersejarah itu.

“Doakan,” katanya ringkas.

Terima doa dan sokongan orang ramai

Perkongsian Syed Saddiq mengenai persiapan perkahwinan mereka turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan itu.

Ramai pastinya berharap agar segala urusan menjelang majlis pernikahan mereka dipermudahkan dan berlangsung dengan lancar.

Selepas melalui pelbagai pengalaman bersama, detik terindah yang bakal tiba esok pastinya menjadi permulaan kepada perjalanan baharu buat Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Semoga segala persiapan berjalan lancar dan pasangan ini dikurniakan kebahagiaan dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Syed Saddiq berkongsi perkembangan menjelang pernikahannya dengan Bella Astillah yang dijadualkan esok.
  • Beliau meneruskan persiapan di Menara Merdeka 118 selepas menghadiri pembentangan Belanjawan.
  • Syed Saddiq turut meminta orang ramai mendoakan kelancaran urusan hari bersejarah mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan